Usahawan sensasi yang dikenali sebagai Mak Cik Kemb0ja memohon maaf kepada anak lelakinya, Ezuan Hafsyam disebabkan terpalit sama dalam isu mengeluarkan kenyataan orang ‘Melayu malas’.
Menerusi hantaran di TikTok, Mak Cik Kemb0ja atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob berkata anaknya itu tidak seharusnya terjebak dalam isu tersebut disebabkan usianya yang masih muda.
Mohon pada anak
Saya minta maaf pada Ezuan, anak saya sebab telah tarik awak dalam masalah ini. Saya minta maaf sangat-sangat pada Ezuan.
Saya rasa tak sepatutnya tarik Ezuan di usia yang begitu muda dalam masalah ini.
Tapi saya harap, Ezuan kuat dan Allah tahu apa yang tersirat dalam hati ibu.
Saya kena kuat untuk anak-anak saya. Kena kuat pekerja-pekerja saya yang masih mengharapkan sumber rezeki daripada syarikat saya.
Dalam perkongsian sama, Mak Cik Kemb0ja dilihat gagal menahan air mata sambil memeluk anaknya itu.
Menurutnya, dia tidak boleh tidur malam disebabkan mengenangkan nasib anaknya.
Saya tidak boleh tidur sebab fikir kenapa jadi ibu yang tarik anak sekali dalam masalah ini.
Dalam pada itu, anak Mak Cik Kemb0ja berkata dia tidak mahu ibunya bersedih dan akan sentiasa bersama dengannya dalam waktu susah mahupun senang.
Saya kuat macam ibu, saya kan anak Mariyah. Ibu jangan sedih. Saya sentiasa dengan ibu.
Kita akan lalui bersama, segala kebenaran itu akan terbukti nanti.
Pada Khamis lalu, Mak Cik Kemb0ja dan anak lelakinya yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mendakwa orang ‘Melayu malas’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka.
Mak Cik Kemboja Akui Dalam Keadaan Baik – “Kenapa Aku Nak Menangis Tentang Dunia?”
@mariyahholdings madam kena kuat, ibu kena kuat ❤️
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Ohbulan
Leave a Reply