KITA hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.
Hasrat seorang gadis untuk melangsungkan perkahwinan pada hari yang sama dengan adiknya tidak kesampaian apabila ia berakhir dengan kekecewaan.
Begitulah nasib yang menimpa Amalina Umar apabila dia hanya hadir sebagai tetamu di hari bahagia adiknya, Fatini Umar yang berlangsung baru-baru ini.
Amalina dan adiknya sama-sama hadiri kursus kahwin selepas dirisik.
Seperti yang dikongsikan di TikTok, rancangan dua beradik ini untuk melangsungkan perkahwinan serentak merupakan cadangan bapa mereka pada tahun lalu.
“Buat sanding sekali. Nak ke tunggu lama-lama,” demikian tulis si bapa menerusi mesej di aplikasi WhatsApp seperti yang dikongsikan Amalina.
Menurut Amalina, 28, dia dirisik oleh keluarga pasangannya pada 1 Januari tahun ini manakala adiknya pada 29 April.
Susulan itu adik-beradik berkenaan menyertai kursus perkahwinan sebagai persediaan.
Turut dikongsikan foto bersama ahli keluarganya sewaktu majlis pertunangan mereka pada 4 Jun lalu.
Dengan hati yang girang kerana impian untuk menamatkan zaman bujang bersama-sama hampir tercapai, mereka bersama-sama membuat persediaan menjelang hari bahagia.
“Gembira. Kita cari barang kahwin. Kita tempah dewan lebih awal sebab takut penuh,” kongsi Amalina lagi.
Majlis pertunangan yang diadakan pada tarikh sama.
Namun kegembiraan mereka tidak bertahan lama apabila tanpa diduga Amalina secara tiba-tiba memaklumkan dia tidak dapat meneruskan perkahwinannaya.
“Ingat saya dengan dia dalam keadaan baik-baik saja. Tapi tidak, saya anggap ini adalah perpisahan yang menyelamatkan saya,” katanya tanpa berkongsi lanjut tentang punca perpisahan mereka.
Menerusi hantaran berlainan, Amalina berkongsi mesej terakhir bekas tunangnya.
“Kita buat haluan masing-masing, itu lebih baik,” tulis bekas tunangnya menerusi WhatsApp.
Tahniah Amalina kerana berjaya melalui hari ini bila mana kau pernah berfikir kau tak boleh.
AMALINA
Akhirnya pada tanggal 2 Disember lalu, Fatini selamat disatukan dengan pasangannya sementara Amalina kelihatan tetap kuat berdepan ujian.
Amalina tetap kuat semangat sewaktu menghadiri majlis perkahwinan adiknya.
“Tahniah Amalina kerana berjaya melalui hari ini bila mana kau pernah berfikir kau tak boleh.
“Macam mana nak peluk diri sendiri?,” tulis Amalina pada ruangan kapsyen video tersebut.
Amalina sudah menyiapkan segala tempahan untuk majlis perkahwinan.
Jika diteliti dalam ruangan komen, ramai yang mendoakan serta cuba berteka-teki mencari sebab perkahwinan wanita ini tidak dapat diteruskan.
Tidak melatah dengan segala pertanyaan, Amalina hanya menjelaskan bahawa dia sudah pun putuskan ikatan tali pertunangan dua bulan sebelum majlis diadakan pada 2 Disember lalu.
“Dia bukan ditakdirkan untuk saya,” tulisnya bagi menjawab salah satu soalan ditanya netizen.
Sumber: VIDEO KLIK SINI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply