Bapa Zayn Rayyan pengs4n terima khabar duka kem4tian anak, net!zen zahir rasa hiba – “Bermainlah kamu di taman syurga”

HARAPAN Zaim Ikhwan untuk dipertemukan semula dengan anak istimewanya, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang hilang sejak Selasa tengah hari akhirnya ‘tercapai’ pada Rabu malam.

Namun, sudah tertulis takdir kanak-kanak austisme itu ditemukan tidak berny4wa di sebatang anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Khabar duka penemuan m4yat kanak-kanak berusia enam tahun itu menyebabkan bapanya Zaim Ikhwan, 28, pengsan sebelum dia dan isterinya ditenangkan oleh ahli keluarga serta jiran tetangga.

Bapa Zayn Rayyan pengsan sejurus menerima khabar duka kem4tian kanak-kanak autisme itu.

Menerusi video yang dikongsi, kawasan parkir Apartment Idaman dipenuhi kira-kira 100 orang yang turut berduka dengan pemergian kanak-kanak itu.

Malah, suara tangisan serta laungan Allahuakhbar turut bergema, menzahirkan emosi keluarga serta jiran tetangga yang masih terkejut akan kem4tian Zayn Rayyan.

Terdahulu, mStar melaporkan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan yang hilang sejak Selasa tengah hari ditemukan men!nggal dunia di sebuah anak sungai pada pukul 10 malam Rabu.

Penemuan may4t kanak-kanak itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudid Abdul Hamid yang berada di lokasi kejadian.

Sebelum itu, mangsa hilang sejak Selasa dan kali terakhir dilihat di alamat Blok R, Apartment Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai pada pukul 12 tengah hari.

Operasi mencari mangsa di sekitar kawasan kediamannya digerakkan oleh penduduk setempat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ramai netizen turut menzahirkan rasa simpati susulan berita penemuan m4yat kanak-kanak itu.

“Sedihnya berita ni. Dari semalam menunggu. Bermainlah kamu di taman syurga.

“Ya Allah besarnya ujian keluarga ini. Semoga tabah dan kuat.

“Al-Fatihah. Semoga adik Zayn tenang di sana. Anak syurga,” tulis beberapa netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*