Adira fail cer4i kali kedua terhadap suami, hak!m tegvr Datuk Red cuba lambatkan kes

TIADA angin tiada ribut, penyanyi Adira Suhaimi sudah memfailkan penceraian terhadap suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 25 Oktober lalu.

Permohonan tersebut adalah yang kali kedua dibuat Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, terhadap Adnan atau Datuk Red selepas memfailkan penceraian terhadap suaminya pada 1 April 2019.

Bagaimanapun, ia ditarik semula selepas Adira memberi peluang kepada suaminya dan cuba berbaik demi anak-anak.

Permohonan tersebut berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

553 (4)

Datuk Red sebelum ini pernah hadir ke Famili Duo 3 bagi memberi sokongan terhadap Adira.

Hadir ke mahkamah bagi sebutan kedua kes berkenaan pada pagi Isnin, Adira hadir bersama kakaknya iaitu Emma Suhaimi sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK).

Adnan, 42, bagaimanapun hadir seorang diri dan gagal tampil bersama wakil bagi proses tersebut.

Kes itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar.

Pada sebutan kes itu, Abdul Hadi menegur tindakan Adnan yang dianggap sengaja melambat-lambatkan penubuhan jawatankuasa pendamai daripada dilakukan segera.

Sehubungan itu, Abdul Hadi menangguhkan kes berkenaan pada 18 Disember ini bagi membolehkan Adnan melantik wakil bagi pihaknya.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

27F1763C-CA95-495B-86A3-2523FE333C59

Adira dan Datuk Red berkahwin pada 2015 di Songkhla, Thailand.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia satu tahun.

Perkahwinan pertama Adnan dikurniakan lima cahaya mata.

Adnan juga pernah bernikah pada usia 20 tahun, tetapi bercerai selepas lima tahun bersama dan hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*