Peniaga terkenal di media sosial, Kieda Crepe sekali lagi menjadi bualan warganet selepas tular video luahan seorang usahawan dikenali sebagai Abang Kopi.
Menerusi TikTok, Abang Kopi itu meluahkan rasa kesal dan berasa cara Kieda memberi respon terhadapnya biadap hanya kerana dia bertanya mengapa dia kena ‘block’ di TikTok.
Berdasarkan rakaman dimuat naik, Kieda memerli Abang kopi kerana suka mengambil kesempatan untuk memberi komen tentang apa yang tular.
Terpaling kalut dalam masalah hal orang. Apa yang viral semua masuk (komen), abang berniaga saya pun berniaga. Periuk nasi abang saya tak pernah kacau. Kalau nak viral jangan kacau periuk nasi orang.
Full video. pic.twitter.com/OOsXabfeXp
— Bbie. (@twtbiy) September 29, 2023
Kieda turut menyindir cara pemasaran Abang Kopi tidak sepadu perniagaannya dan turut menunjuk-nunjuk keadaan kedainya yang ketika itu dipenuhi ramai pelanggan.
Marketing tak padu la bang. Biar bagi padu dulu. Marketing padu macam ni la, bang.
Bagaimanapun, Kieda menerusi TikTok memaklumkan dia sudah meminta maaf secara peribadi dengan Abang Kopi dan begitu juga sebaliknya.
Namun begitu, di Twitter pula rata-ratanya tidak menggemari cara Kieda yang dianggap bongkak dan mendongak ke langit apabila memberi respon terhadap sesuatu isu.
Apa yang keluar dari mulut, itulah cerminan hati kita. Jangan bongkak dengan rezeki hari ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://beautifulnara.com/
Leave a Reply