Kelunakan suara seorang peserta rancangan nyanyian kanak-kanak iaitu Amir telah membuatkan para juri sebak sehingga tular di media sosial.
Baca Al-Fatihah
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Amir telah dijemput sebagai tetamu bagi salah satu segmen di sebuah stesen radio pada Selasa.
Secara spontan, dia kemudian diminta oleh penyampai-penyampai radio berkenaan untuk membacakan surah Al-Fatihah.
Setelah mendengar bacaan kanak-kanak berusia 12 tahun itu mereka kelihatan terkesima dan memuji suaranya yang merdu.
Masya-Allah sedapnya suara!
‘Anugerah Allah’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh ketika mendengar bacaan Amir dan menyifatkan kanak-kanak itu sebagai seorang yang berbakat besar.
Dalam pada itu, mereka juga berharap agar bakatnya digilap bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi dilihat sangat berpotensi untuk menyertai tilawah Al-Quran.
Terdahulu, Datuk Awie yang merupakan juri bagi rancangan tersebut tidak mampu menahan sebak lalu mengalirkan air mata ketika Amir mempersembahkan lagu Tiara.
Video:
@era.je MasyaAllah 😍 sedapnya suara awak baca surah Al-Fatihah ni dik. Jangan lupa Strim Tiktok ERA sekarang okay. #sharERA #3PAGIERA #fyp
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://ohbulan.com/
Leave a Reply