PERSONALITI media sosial sensasi Indonesia Lucinta Luna terpaksa berpisah dengan tunangnya iaitu Arten Boltian atau Alan yang perlu menjalani latihan ketenteraan di Ukraine.
Lucinta atau Muhammad Fatah, 34, yang mendakwa sedang hamil anak Alan memberitahu akan setia menanti kepulangan lelaki itu ke Indonesia bagi membesarkan anak mereka bersama-sama.
“Semoga latihan ketenteraan kamu lulus dan cepat selesai. Kirim salam kepada ibu dan bapa mentua saya di sana.
Lucinta memaklumkan berita kehamilannya.
“Saya dan buat hati kita akan menunggu kepulangan kamu di sini… Kita besarkan anak sama-sama ya,” katanya.
Lucinta berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, menerusi video sama, Lucinta mengalirkan air mata saat menghantar Alan di lapangan terbang.
Lelaki itu juga sempat berpesan kepada Lucinta agar menjaga kandungannya dengan baik sebelum mengucup bahagian perutnya.
Lucinta tidak dapat hidup tanpa Alan.
“Sayang kamu cium perut saya! Pasti Baby Salmon dan Baby Octopus berasa senang di dalam kandungan ini,” katanya.
Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangannya bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia.
Kata Luna, pertunangan tersebut mendapat restu ibu bapa kedua belah pihak malah mereka turut menghadiri acara berkenaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar
Leave a Reply