Achey Nak Bantu Rider Dapatkan Semula Motosikal Yang Disita – “Jangan Sampai Keluar Duit Sendiri”

Isu penghantar makanan yang terpaksa berjalan kaki disebabkan motosikal miliknya disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) akhirnya sudah selesai.

Menurut pelawak Achey, dia sudah menghubungi rider yang dikenali sebagai Syahrul dan dimaklumkan individu itu sudah menerima hadiah sebuah motorsikal daripada pempengarauh Aisar Khaled.

Bagaimanapun, Achey turut memuji sikap jejaka berusia 26 tahun itu yang mengakui kesilapannya tanpa memberi sebarang alasan.

“Berkenaan dengan abang panda yang motor kena sita, saya dah hubungi dia dan namanya syahrul, umur 26 tahun.

Alhamdulillah dia dah dapat sebiji motor daripada Aisar Khaled. Terima kasih Aisar Khaled.“Dia pun ada cakap tak nak keluar apa-apa kenyataan sebab memang salah dia.

Bagus, budaknya bagus, lembut… dia cakap ‘salah saya’ sebab roadtax m4ti, cover rantai tak ada dan side mirror belah kiri tak ada.

“Itu antara sebab motor itu disita dan dia akan ambil di JPJ Senawang,” kata Achey menerusi video yang dikongsikan di TikTok.

Pada perkongsian yang sama, Achey turut memberitahu dia mahu membantu Syahrul dari segi kos mengambil semula motosikal yang disita itu.

“Saya ada cakap dekat dia, kalau ada apa-apa untuk kos nak ambil balik motor itu, nak buat balik apa semua, jangan sampai keluar duit sendiri, Insya-Allah Tiara Candy sudi membantu,” ujarnya lagi.

Terdahulu, viral di media sosial seorang pekerja e-hailing atau penghantaran makanan dilihat terpaksa menggalas beg dan berjalan kaki selepas motosikal yang dinaiki disita dalam sebuah sekatan jalanraya.

Ramai netizen bersimpati sehingga mendapat perhatian Aisar Khaled yang bertemu sendiri dengan individu tersebut dan menghadiahkannya sebuah motosikal baharu serta menghulurkan bantuan kewangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*