“Jangan main serbu m4ki h4mun orang” – TikTok guna nama anak tumbuh macam cendawan, Abby ‘steady’ berdepan kontr0versi

PELAKON Abby Abadi kuat menghadapi tohm4han dilontarkan kepada dirinya dan keluarga berhubung kontroversi melibatkan anak perempuannya yang didakwa menjalinkan hubungan svlit dengan suami orang.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 46, berkata, ujian yang diberikan itu menandakan Allah SWT peduli terhadap dirinya dan keluarga.

“Takde rapuh-rapuhlah. Saya okey sahaja. Selagi hidup, selagi itulah kita diuji. Ujian tanda Allah peduli.

“Terus jaga diri, jaga solat. Jaga hak Allah sebaiknya okey,” katanya.

756805

Abby berterima kasih kepada suaminya kerana sentiasa berada di sisi.

Abby meluahkan isi hatinya itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Elite itu turut melahirkan penghargaan buat suami, Muhammad Faizal Zakaria yang sentiasa berada di sisi ketika dia dan keluarga ditimpa ujian.

“Terima kasih sang suami setia disisiku disaat hatiku sedang rapuh,” ujarnya.

Sementara itu, Abby menjelaskan banyak pihak mengambil kesempatan terhadap isu melanda keluarganya dengan membuka akaun palsu mengunakan nama dia dan anak-anak.

Susulan itu, Abby menasihatkan orang ramai agar menjaga tutur kata dengan tidak melontarkan komen-komen negatif terhadap sesuatu perkara yang di luar pengetahuan mereka.

“Banyak sangat akaun Tiktok yang direka atas nama saya dan anak-anak. Lepastu sedap orang m4ki hamun. Sudah tiada kerja agaknya orang Malaysia ini.

“Yang komen-komen tu tengok-tengok dulu lah ye kalau nak komen. Sebab akaun tu bukan akaun kami.. Jangan main serbu je m4ki h4mun orang,” katanya.

Pada 7 Spetember lalu, wanita bernama Umisya Mazlan dalam hantarannya di X (Twitter) mended4hkan anak pelakon tersebut, Marissa Dania Hakim menjadi penyebab rumah tangganya musnah.

Ibu kepada dua anak itu memaklumkan, peluang sebanyak tiga kali yang pernah diberikan sebelum ini tidak diendahkan.

Marissa bagaimanapun mengakui perkara itu namun menjelaskan tidak semua perkara didedahkan adalah benar.

Remaja berusia 18 tahun itu juga mendedahkan hubungannya dengan lelaki tersebut dikenali sebagai Ahmad Aslam sudah berakhir.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*