Pakcik mengg1gil sejuk tepi jalan pukul 5 pagi! Keluar sendirian nak cari anak, kemal4ngan sebab brek motor rosak

RAKAMAN memaparkan seorang lelaki lanjut usia terbabit kemal4ngan jalan raya mengundang seba4k netizen.

Video itu dikongsikan TikToker, Syakir Belon yang menceritakan semula bagaimana dia dan rakan-rakan membantu pakcik tersebut.

Lebih meny4yat hati apabila Syakir memaklumkan pakcik itu dijumpai dalam keadaan mengg1gil kesejukan dan mengalami keced3raan, dalam kejadian lebih kurang pukul 5 pagi Jumaat

“Awal pagi lebih kurang pukul 5 pagi. Kami ternampak pakcik ni terduduk dan dalam keadaan mengg1gil kesejukan.

“Pakcik ni kemal4ngan jalan raya sorang-sorang. Siku pakcik ni berdar4h sebab kemal4ngan. Baju pakcik tu lencun basah.

Syakir dan rakan-rakan membantu seorang pakcik yang terbabit kemal4ngan.

“Bayangkan jalan kosong macam ni licin selepas hujan. Sorang-sorang pula tu dengan terlibat kemal4ngan lagi,” tulisnya dalan hantaran tersebut.

Menurut Syakir, pakcik itu juga dipercayai nyanyuk kerana tidak dapat membezakan cuaca siang dan malam.

Namun, apa yang menyentuh hati warga maya apabila dia masih memikirkan tentang anaknya walaupun mengalami keced3raan.

Video:

@

♬ –

“Bila kami tanya, pakcik ni rupanya dalam keadaan nyanyuk (Alzheimer). Pukul 5 pagi dia kata petang. Padahal langit gelap sangat-sangat.

“Katanya nak jumpa anak dia dekat kawasan jalan menuju ke Istana Negara. Bateri telefon bimbit pakcik pun habis.

“Bila kami check motosikal ni rupanya tak ada brake berkemungkinan sebab putus (rosak),” ujarnya lagi.

Dalam video berdurasi 1 minit 13 saat itu, kelihatan bahagian siku pakcik itu dipenuhi dengan darah akibat kemal4ngan.

Syakir kemudian memberikan sehelai kain kepadanya disebabkan baju dipakai basah lencun terkena hujan.

Bimbang akan keselamatannya, Syakir dan rakan-rakan cuba memujuknya untuk dibawa ke balai polis.

“Mula-mula kami cuba pujuk nak bawa pakcik ni ke balai polis tapi dia tolak sebab tak nak menyusahkan orang. Akhirnya kami bawa juga menaiki kereta kami sendiri.

“Salah seorang daripada kami pula bawa motosikal tu sebab terlalu bah4ya untuk pakcik ni tunggang sendiri.

“Alhamdulillah kami serahkan pakcik tu dekat pihak berkuasa untuk dibantu. Kami doakan pakcik dipermudahkan urusan,” ujar Syakir pada penghujung video.

Komen netizen di TikTok.

Hantarannya meraih lebih 1.6 juta jumlah tontonan setelah disiarkan di TikTok.

Rata-rata netizen berterima kasih kepada Syakir dan rakan-rakannya yang prihatin terhadap warga emas tersebut.

“Sedihnya, terima kasih orang baik sebab tolong pakcik. Tiba-tiba mengalir air mata teringat arw4h ayah.

“Harap sangat anak-anak dia hargai ayah dan sayang pakcik ni betul-betul. Aku tak bolehlah, sumpah nak menangis.

“Aku harap kalau aku dah kahwin nanti, ayah aku tak jadi (terabai) macam ni,” ujar warganet di ruangan komen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*