Seorang pelancong meraih perhatian ramai selepas memuat naik video dirinya mencuba air nira kelapa pandan atau lebih dikenali sebagai air tuak yang dibelinya di gerai tepi jalan.
Mahal & rasa pelik
Menerusi video dimuat naik Ken Abroad di TikTok, dapat dilihat pemuda itu membeli selepas bertanyakan kepada penjual apakah kandungan yang terdapat di dalam air tuak tersebut.
Dia kemudiannya membeli air tersebut dengan harga RM7 namun menganggap jualan itu agak mahal.
RM7 untuk sebotol air? Ia kedengaran agak mahal pada saya.
Tapi tak apalah, saya nak cuba minum satu.
Selepas beberapa kali meneguk air itu, Ken berpendapat rasanya agak pelik namun boleh diterima tekak
Air ini seperti diperam dan rasa seperti, macam mana saya nak ulas ya?
Rasanya sedikit pelik tetapi unik untuk dicuba. Tidaklah seteruk yang disangka kerana ia sangat menyegarkan.
Namun begitu, Ken mengakui tidak dapat menghabiskan air tersebut namun mencuba untuk menyesuaikan diri untuk meminumnya.
Dia kemudiannya meneruskan perjalanan di sekitar kawasan berkenaan dengan menunggang motosikal.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 850,000 tontonan dan lebih 36,000 tanda suka dari netizen.
Video:
@ken_abroad Trying Air Tuak in rural Malaysia #Malaysia #travelmalaysia
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Ohbulan
Leave a Reply