Sanggup pinjam duit, puas minta tauke kurang harga… Wanita terkedu kanopi baru beli untuk berniaga dicvri

LULUH hati seorang peniaga apabila kanopi yang digunakan untuk berteduh ketika mencari rezeki dicvri pada Sabtu.

Anisah Najihah atau Nysa membuat luahan menyentuh hati di media sosial, merayu supaya individu yang mengambil kanopi tersebut memulangkannya.

Ketika dihubungi mStar, ibu kepada tiga cahaya mata ini menceritakan dengan lebih terperinci mengenai nasib malang yang menimpa dirinya.

“Kawan yang berniaga di gerai sebelah jumpa saya selepas dia tutup kedai malam tu. Dia beritahu kanopi saya dah tak ada.

Kanopi lama milik Nysa yang patah.

“Pagi Ahad saya nak berniaga macam biasa, masa pergi tengok sendiri memang betul dah hilang. Saya syak dicvri sebab rantai besi saya guna ikat kanopi tu dah kena potong.

“Saya tak bawa balik rumah setiap hari sebab tak cukup ruang dalam kereta. Barang-barang niaga lain pun dah banyak,” ujarnya.

Menurut Nysa yang berniaga di hadapan Dewan Serbaguna Sungai Bakap, Pulau Pinang, kanopi baharu itu dibeli pada 20 Jun lalu dengan harga RM330.

Dia yang berasal dari Kedah, berkata, kanopi tersebut dibeli bagi menggantikan khemah lamanya yang patah selepas berniaga sekitar setahun lalu.


“Kanopi sebelum ni saya guna dah patah kena tiup angin sebab jenis yang tak tahan lasak. Seminggu lepas patah tu saya beli yang baharu tiang jenis besi sesuai untuk heavy duty.

“Harga sebenar RM380 tapi saya tawar menawar dengan peniaga tu jadi dapat kurang sampai RM50. Tak sangka pula boleh hilang. Sedih sangat-sangat dan berharap boleh dapat balik tapi harapan tu macam tipis je.

“Saya pun banyak lagi komitmen lain tambah-tambah lagi dengan ekonomi sekarang. Ada juga terfikir nak cari kerja lain tapi hati masih rasa nak berniaga,” ujarnya lagi.

Khemah baharu yang lebih kukuh dibeli oleh Nysa.

Nysa mendedahkan, kanopi tersebut dibeli dengan wang pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia.

Walaupun kanopinya hilang, Nysa masih menjalankan perniagaan ayam goreng dan teh ais balang bagi menyara kehidupannya.

Namun, perniagaan dijalankan secara cash on delivery (COD) dengan mengambil tempahan dari rumah sahaja.

“Saya beli kanopi tu guna duit pinjaman sebuah agensi. Setiap minggu kena bayar secara ansuran dengan untung berniaga. Memang ralat apabila jadi macam ni.

“Saya tak dapat berniaga macam biasa sebab tak ada kanopi nak berlindung dari cuaca panas dan hujan. Lagipun saya jual ayam goreng jadi kena goreng panas-panas dekat gerai untuk tarik pelanggan.

“Sekarang saya cuma terima tempahan COD sahaja. Boleh dapat untung dalam RM20 hingga RM30. Walaupun sikit tapi saya bersyukur masih ada orang order,” katanya lagi.

Hantaran dibuat Nysa menerusi laman Facebook miliknya menjadi tular setelah dikongsikan semula oleh beberapa platform media sosial lain.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati mengenangkan nasibnya sebagai peniaga kecil-kecilan.

Dalam masa sama Nysa yang sudah berumah tangga selama 10 tahun ini masih berharap agar individu yang mengambil kanopi tersebut tergerak hati untuk memulangkannya semula.

Nysa menjual air teh ais dan ayam goreng di hadapan Dewan Serbaguna Sungai Bakap, Pulau Pinang.

“Saya tak pasti siapa yang curi. Mungkin dia dah jual dekat besi buruk untuk dapatkan duit. Suami ada tolong tanya dekat kawan-kawan juga untuk dapatkan maklumat kemungkinan ada orang dah jual dekat mana-mana.

“Saya berharap sangat boleh dapatkan semula sebab kanopi tu mahal harganya bagi saya. Bukan senang saya nak dapatkan sesuatu. Tambahan pula saya ni peniaga kecil-kecilan saja.

“Kadang tu saya berniaga dapat untung tapi habis untuk jadi modal harian je. Saya harap peniaga-peniaga lain ambil iktibar daripada apa yang jadi dekat saya. Hati-hati nak tinggal barang berharga macam tu,” ujarnya menitipkan pesan.

Dalam perkembangan terbaharu, seorang pengusaha katering, Sharifah Nurul Shahida tampil di ruangan komen menyatakan hasrat memberi sumbangan untuk Nysa membeli sebuah kanopi baharu.

“Saya tak kenal pun wanita tu sebelum ni tapi ramai yang tag dia dekat komen. Akak tu berikan saya sedikit sumbangan wang untuk saya beli kanopi baharu.

“Terharu sangat ada insan berhati mulia sanggup bantu saya. Dia cakap jangan putus asa dan minta saya teruskan berniaga. Anggap saja ni ujian kecil untuk saya. Hilang semua sedih saya sebelum ni,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*