Pekin Ibrahim terima pelbagai petua supaya isteri cepat hamil, paling pelik diminta buka tingkap ketika hubungan int1m

PELAKON Pekin Ibrahim mendedahkan dia dan isteri iaitu Mona Allen pernah menerima pelbagai petua sewaktu berusaha mendapatkan zuriat selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Berkongsi satu petua pelik, Pekin atau Mohd Izhan Ibrahim, 42, berkata dia menerima nasihat daripada seorang warga emas memintanya membuka sedikit tingkap ketika melakukan hubungan int1m dengan isteri.

Meskipun petua itu mungkin tidak masuk akal, Pekin menganggap perkara itu sekadar ikhtiar atau nasihat untuk dia dan isteri segera mendapatkan zuriat.

Pekin mengimbau kembali saat berusaha mendapatkan zuriat.

“Sewaktu sedang berusaha memiliki cahaya mata, macam-macam petua yang saya terima daripada orang ramai.

“Antara yang paling saya ingat, ada seorang orang tua ini pesan apabila mahu melakukan hubungan int1m dengan isteri… buka sedikit tingkap.

“Saya pun terfikir apa signifikan perkara itu dengan mendapatkan zuriat… sampai macam itu tip yang saya dapat sebelum terima zuriat dulu,” katanya kepada mStar.

Pekin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem Gemencheh Boys yang diadakan di Pavilion, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.

Bercakap soal penantian mendapatkan zuriat, Pekin mengakui dia dan isteri tidak pernah berputus asa berusaha demi menimang cahaya mata.

Kata Pekin, hal ini membuatkan isterinya lebih tertekan sehingga mereka merancang untuk melakukan proses in vitro fertilization (IVF).

Bagaimanapun usaha serta kesabaran mereka membuahkan hasil apabila isteri hamil dan melahirkan cahaya mata secara normal pada 31 Ogos tahun lalu.

“Saya tidak nafikan sebelum ini kalau bercakap soal anak memang agak tertekan… lebih-lebih lagi kepada isteri.

“Saya dan isteri empat tahun berkahwin dan baru dikurniakan zuriat, ada lagi pasangan suami isteri yang dah kahwin 10 hingga 20 tahun pun masih belum punya anak.

“Kenapa saya nak putus asa? Memang empat tahun itu kami hampir nak cuba buat IVF tapi disebabkan Allah SWT nak beri, tak sempat nak buat IVF, Mona (isteri) hamil secara normal,” ujarnya.

Ditanya tentang isu Abang Tesla yang didakwa bernikah satu lagi kerana mahu mendapatkan zuriat, pelakon filem Bun0han ini memberitahu, dia tidak menafikan hak seorang lelaki berkahwin lain sekiranya sudah mendapat keizinan isteri pertama.

Dia bagaimanapun menasihati pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan zuriat supaya tidak berasa tertekan dan berusaha semampu yang boleh.

“Komen saya untuk lelaki yang berkahwin dua atau tiga ini… itu sudah menjadi rezeki dia. Bila dapat keizinan isteri, Alhamdulillah dan saya tidak nampak ia satu masalah pun.

“Mungkin dah memang jodoh dia, rezeki masing-masing kan… cuma mungkin orang tidak suka apabila perkara ini dijadikan content di media sosial.

Pekin dan Mona menunggu hampir empat tahun sebelum menimang cahaya mata.

“Kepada pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan zuriat, korang kena banyakkan bersama dan tolongan jangan stres! Just enjoy the moment dan cuba sedaya upaya,” katanya.

Untuk rekod, Pekin mendirikan rumah tangga dengan Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiranezza Allen, 38, pada 7 Disember 2018.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Petra Pekin yang kini berusia setahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*