Bakal Bersalin Anak Kedua Bulan Depan, Izara Aishah Kongsi Foto Baby Bump!

Dalam diam, pelakon Izara Aishah kini sedang sarat hamil dan memberitahu dia bakal melahirkan anak keduanya pada bulan hadapan.

Berita gembira itu dikongsi menantu penyanyi tersohor Datuk Sri Siti Nurhaliza dalam satu hantaran di akaun Instagram milinya.

“Di sini saya umumkan, tarikh bersalin pada bulan hadapan,” katanya.

Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin memuat naik fotonya memakai dres dan kemeja oversized sebagai outer jelas memperlihatkan baby bump.

Foto itu diambil ketika dia bersama suami, Adib Khalid, menghadiri majlis anjuran Rolls Royce Spectre Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izara Aishah (@izaraaishahofficial)


Pun begitu, ruangan komen kemas kini berkenaan ditutup dan hanya menerima tanda suka atau likes lebih 67,000.

Terdahulu, warganet menerusi penstriman langsung di TikTok berteka-teki tentang kehamilannyaIzara dan Adib mendirikan rumapada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta.

Pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010 itu kini memiliki seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang berusia tiga tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*