Anak-anak enggan tidur asing, Watie dan Shuib akhirnya dapat tidur sekatil berdua – “Tapi sebelah-belah sajalah”

ISTERI kepada Shuib meluahkan rasa teruja apabila dia berpeluang tidur sekatil berdua bersama penyampai radio Suria FM itu buat kali pertama ketika bercuti di Semporna, Sabah.

Watie atau Fati Nikm4til Adawiah Hanifiah, 35, berkata, sebelum ini dia dan Shuib terpaksa tidur berhimpit dengan tiga orang anak mereka yang lain iaitu Uwais, Talita dan m4tin.

Kata Watie usaha untuk memisahkan anak-anaknya tidur berasingan tidak mudah apabila masing-masing enggan mengalah untuk tidur bersama mereka.

Watie kongsi gelagat anak-anak mahu tidur bersamanya.

“Kita berjaya daddy! Buat pertama kali mummy dan daddy dapat tidur berdua… tapi katil sebelah-belah saja lah pun.

“Biasa akan berhimpit sekali lima tapi ini pun dah jenuh lat tali lat… ohsom sebab semua tak nak tidur tepi sana.

“Semua nak tidur tepi sini dengan dummy dan daddy,” katanya.

Watie berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang memaparkan tiga orang anaknya itu sedang lena tidur bersama.

Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu.

Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahy4rham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq m4tin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Siti Sarah men1nggal dunia pada 9 Ogos 2021 akib4t j4ngkitan c0v1d-i9.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*