Usahawan produk kosmetik terkenal, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri menjawab persoalan netizen yang bertanya sekiranya suami tercinta, Muhammad Azri Che Noh mahu berkahwin lagi.
Menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok, Madammu berkata dia tidak akan boleh reda dan pasrah sekiranya benar perkara tersebut terjadi.
“Bila kita cerita tentang kalau suami saya nak berkahwin satu lagi, saya malas nak jawab sebenarnya sebab bila saya akan jawab dengan jujur. Tapi kalau saya diasak dengan soalan begitu, saya willing untuk jawab.
“Terus terang saya bagi tahu, karakter saya ni kurang sabar dan jenis orang yang tak boleh reda sebab saya kalau nak apa-apa saya akan nak jugak sampai dapat.
“Saya juga bukan jenis orang yang pasrah, saya kurang sabar dan kadang kala akan menyinga (garang). Saya jenis orang yang kaki akan naik dulu, haa tak boleh sabar dan tak pasrah,” ujarnya.
VIDEO;
@noirnoralizaazizan 🗣️ Kalau TP nak Kahwin satu lagi Madam bg tak?? #noir #madammu #babya #fyp
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan respons Madammu dan berada di pihak yang sama.
KOMEN NETIZEN;
Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 600,000 tontonan, 17,000 tanda suka dan lebih 600 komen.
Sekadar info, Madammu mendirikan rumah tangga bersama Azri yang merupakan seorang duda beranak tiga.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://www.xtra.com.my/
Leave a Reply