PETALING JAYA – Seorang pemuda nyaris cedera apabila wau bulan tersalah mendarat lalu bahagian hujungnya tertusuk cermin kereta dalam kejadian sewaktu dia berada dalam kenderaan tersebut.
Difahamkan, insiden itu berlaku di kawasan pantai di Kelantan dengan video tersebut dimuat naik lelaki itu menerusi akaun TikTok Boika Pisang semalam.
Haiqal akui masih trauma dengan kejadian menimpa.
“Datang nak healing, sekali pening. Nasib baik tak kena dada mat, belum sempat keluar kereta,” katanya menerusi kapsyen pada video itu.
Ia kemudian mendapat maklum balas pelbagai daripada pengguna selain ada yang bertanya sama ada pemuda itu mendapat ganti rugi atau sebaliknya.
“Macam mana boleh kena ni? Benda tu berat ke? Maaf tak pernah tengok depan-depan besar mcm ni,” komen @ulat bulu.
“Selalu juga tengok orang main petang-petang dengan anak-anak. Tengok gini macam takut pula,” kata @lindajohan90.
“Dapat ganti rugi tak? Nak ganti cermin tu mahal kot,” ujar @Kaseh.Gift.
VIDEO;
@kalkalnut Betul2 ujian☹️
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :– KOSMO! ONLINE
Leave a Reply