Diana Danielle jawab perubahan wajah selepas cerai, mengaku khilaf isu tak hormati tempoh edah

KETIKA hadir ke prosiding kes hadanah dua anaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin lalu, perubahan wajah pelakon Diana Danielle yang kelihatan berbeza menjadi perhatian netizen.

Ramai mendakwa pelakon berusia 32 tahun itu melakukan sesuatu pada bahagian wajahnya terutamanya bahagian hidung sejak bercerai dengan aktor Farid Kamil pada 10 Ogos lalu.

Menjawab tuduhan tersebut, Diana atau Diana Danielle Beeson memberitahu sebagai seorang wanita dia sendiri ada berasa kurang keyakinan tentang diri dan bentuk fizikalnya.

Enggan mengulas secara terperinci mengenai perkara itu, Diana sebaliknya hanya memberitahu ada melakukan bagi mengatasi masalah itu.

Diana A

Diana muncul dengan single terbaharu berjudul Bersama Dengan Rindu.

“Saya sendiri ada rasa kurang yakin fasal diri sendiri atau tentang fizikal. Normal jika orang bercaka tentangnya.

“Saya atasi masalah itu namun tidak perlu untuk saya jelaskan secara terperinci,” katanya kepada mStar.

Diana ditemui ketika majlis santai bersama media sempena pelancaran lagu baharunya berjudul Bersama Dengan Rindu yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Sementara itu, Diana berkata, dia membaca komen atau cerita sensasi mengenainya termasuk kemelut rumah tangga dengan Farid yang menjadi perhatian umum sejak beberapa bulan lalu.

Sebagai manusia biasa akui Diana dia turut terkesan namun mengambil pendekatan untuk kuat berhadapan dengan semua dugaan dihadapannya.

“Saya baca cerita yang keluar. Saya nak tahu apa yang saya katakan supaya boleh perbaiki jika ada salah.

Diana Farid

Sejak bercerai dengan Farid, tumpuan Diana adalah kepada dua anaknya.

“Saya juga baca komen. Ada ketika ia menggangu saya. Saya juga manusia biasa… ia menyakitkan.

“Apa yang saya boleh buat hanyalah hadam dan hadapi semua itu,” ujarnya.

Dalam pada itu aktres ini juga akui tersilap langkah apabila tidak menghorm4ti tempoh edah selepas sah bercerai.

Menerima teguran secara terbuka, Diana juga berjanji akan lebih berhati-hari dan memperbaiki diri.

“Ini kali pertama saya lalui perkara ini. Bukan selalu kita kita berdepan situasi ini (bercerai).

“Mungkin saya ada tersilap langkah. Saya minta maaf. Saya tidak sedar ia sesuatu yang sensitif. Saya terima teguran dan akan perbaiki,” jawabnya.

Diana B

Diana ada membaca artikel dan komen netizen mengenai kemelut rumah tangga dihadapinya sebelum ini.

Mengulas mengenai single terbaharunya, Diana memberitahu karya ciptaan Ezra Kong ini tiada kaitan dengan isu rumah tangga bersama Farid sebelum ini.

“Lagu ini tentang patah hati, kehilangan dan rasa rindu. Tiapa tida kena mengena dengan sesiapa,” jelasnya.

Untuk rekod Diana dan Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, sah berceria talak satu pada 10 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*