IBU kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa sebak dan sedih apabila melihat dua cucunya terpaksa melalui perjalanan hidup mencabar bersama ibu mereka iaitu Puteri Sarah Liyana.
Sayu mengenangkan nasib cucu dan bekas menantunya itu, Patimah turut menitipkan doa agar Sarah serta Syaikul dan Sumayyah berada dalam keadaan baik-baik di bawah jagaan Allah SWT.
Mak Syamsul sayu lihat dua cucu
Luahan hati Datin Patimah.
“Jauh perjalanan Syaikul dan Sumayyah bersama mama (Puteri Sarah) mereka.
“Ya Allah lindungilah mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Sabtu.
Bersama luahan itu, dia turut memuat naik foto memaparkan Sumayyah sedang bergambar seorang diri.
Difahamkan, kini Sarah bersama dua anaknya itu sedang bercuti di Legoland, Johor.
Untuk rekod, Syamsul melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.
Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.
Kemelut rumah tangga pasangan itu berlarutan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu selepas akters berkenaan memfailkan permohonan bercerai secara baik pada pertengahan Januari lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply