Semalam, balu Allahyarham Abam Bocik, Siti Norhidayah Mohd. Ali, memberi peringatan kepada adik iparnya, Ali Puteh, untuk membayar saman RM76,167.28 yang tertangguh sejak tahun lalu.
Pelawak berusia 34 itu bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan balas dan mahu memberi fokus kepada perniagaannya di TikTok.
“Saya bertindak matang kali ini, tak ada nak keluar kenyataan. Saya mahu fokus dengan berniaga,” katanya.
Ali mengakui, selepas kakak iparnya mengeluarkan kenyataan itu, dia menerima banyak panggilan daripada pihak media yang mahu mendapatkan reaksinya.
Bagaimanapun, Ali enggan melayani semua panggilan itu kerana tidak mahu perkara itu menjadi semakin teruk dan memudaratkan dirinya.
“Media banyak menghubungi saya. Cuma saya tak mahu layan. Kalau layan, jadi masalah. Saya ambil tindakan bijak, masak sambal seperti biasa dan fokus dengan perniagaan,” ujarnya.
VIDEO;
@ohbulanofficial
Bagi Ali, sememangnya ada orang yang tidak menyenangi dirinya yang kini sedang seronok berniaga.
“Biasalah, saya tengah seronok berniaga. Mana boleh orang tengok kita senang. Bila berniaga ini, tak ada orang lain nak menjatuhkan selain orang kita. Jadi, jangan layan.
“Dah masuk tiga tahun, benda kecil macam ini tak akan tak boleh urus. Yang saya tahu, teruskan meniaga macam biasa,” katanya.
Sumber: TikTok Ali Puteh, OhBulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://thereporter.my/
Leave a Reply