Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Janna Nick telah dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya akibat mengalami masalah radang usus.
Semakin pulih
Terbaharu, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner berkata, keadaannya kini semakin pulih dan sudah kembali memulakan aktiviti seninya seperti sedia kala.
Jannah turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakannya.
Alhamdulillah masih boleh bekerja dengan team dan cast yang hebat, Surat Dari Tuhan.
Terima kasih atas doa semua. Jadi nak update keadaan kesihatan sekarang, saya hanya kena jaga makan macam perut baby. Kena makan makanan yang lembut (soft food).
Janna berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya pada Rabu.
View this post on Instagram
Dalam masa sama, isteri kepada aktor Dini Schatzmann itu turut menasihati orang ramai agar mengambil berat tentang penjagaan usus.
Korang jaga usus okey, sakit usus ni lain macam sakit dia. Nak berjalan laju-laju pun tidak boleh.
Sekarang makan makin lambat, kena kunyah banyak banyak, jadi korang ikut la sunah Nabi, kunyah 44 kali.
Sumber: Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Ohbulan
Leave a Reply