Diana Danielle Pegang Tangan Siapa Tu? Dah Dapat Pengganti?

Diana Danielle mengejutkan ramai selepas memuat naik beberapa foto memegang tangan seseorang ketika berada di sebuah restoran.

“Pov: You are on a date with me,” tulisnya serta menulis akaun Instagram tiga rakannya lain di ruangan kapsyen seakan memberi tanda mereka keluar bersama.

Foto: IG

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat hantaran tersebut, malah ramai juga mempersoalkan Diana seakan melanggar tempoh iddahnya.

Rakan selebriti, aktres Puteri Sarah juga sempat meninggalkan komen yang mengusik Diana nakal dengan sengaja mencipta content sedemikian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

“Buat hal eh,” tulis Puteri Sarah.

Ada juga segelintir netizen mempertahankan Diana atas dakwaan telah mencari pengganti itu.

Ramai dalam kalangan mereka berkata Diana berada di restoran tersebut bersama tiga rakannya yang lain.

Di Instagram Story milik Diana, dia berkongsi sebuah video pendek bersama rakannya yang merupakan individu memegang tangannya dalam foto tersebut sekaligus menepis dakwaan sudah menemui pengganti.

VIDEO;

Sekadar info, Farid dan Diana sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu secara online.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sumber: XTRA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://b.cari.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*