Masuk hospital sejak Khamis lalu, Janna Nick alami masalah radang usus

PELAKON Janna Nick dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sejak Khamis lalu akibat mengalami masalah radang usus.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, bagaimanapun memaklumkan dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad namun masih dalam proses pemulihan.

“Sudah dibenarkan pulang namun masih dalam proses pemulihan,” katanya.

Janna berkongsi keadaannya di laman Instagram miliknya berserta beberapa foto ketika dia terbaring di atas katil wad.

Suami aktres itu, Dini Schatzmann turut dilihat menemani Janna sepanjang berada di wad.

Janna masih dalam tempoh pulih selepas dibenarkan pulang.

Sementara itu, Dini memaklumkan Janna berada dalam keadaan baik.

“Dia okey sekarang,” ujarnya ringkas.

Perkongsian Janna di Instagram itu turut menerima komen rakan-rakan artis yang mendoakan dia segara pulih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*