‘Setiap Titisan Air Mata Yang Mengalir Menjadi Penghapus Dosa’ – Mimi Lana

 

Pelakon Mimi Lana berharap agar Allah SWT memberi kekuatan kepada dirinya dan pasangan, Syafiq Kyle untuk mengharungi dugaan besar ini.

Jalan terbaik kami

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mimi berharap agar ada hikmah yang berlaku di sebalik terjadinya pembatalan majlis pernikahan.

Aktres berumur 27 tahun itu juga berdoa agar apa yang berlaku antaranya dan Syafiq menjadi jalan terbaik buat mereka.

Semoga Allah merahmati saya dan dia (Syafiq) serta memberikan kekuatan kepada kami.

Semoga halangan ini ada hikmah di sebaliknya dan muncul pada waktunya.

Mungkin apa kami percaya perkara paling buruk itulah sebenarnya yang terbaik untuk kami di dunia dan akhirat.

Allah bagi kekuatan

Dalam pada itu, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin bersyukur kerana dikelilingi insan yang berhati mulia dan baik. Pelakon filem Pusaka ini turut bermohon agar dirinya dan Syafiq sentiasa dilimpahi kegembiraan.

Semoga Allah memberi kami kekuatan dan kesabaran untuk terus melangkah.

Semoga Allah sentiasa membuatkan kami berada dalam keadaan positif dan dikelilingi insan yang mempunyai niat baik dalam hati.

Setiap titisan air mata yang mengalir menjadi penghapus d0sa, semoga doa yang dipanjatkan dimakbulkan. Semoga awak dan saya sentiasa tersenyum.

Pasangan ini sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing namun gambar bersama masih belum dipadam.

Pada petang Jumaat, Iman Tang telah menghantar satu mesej ringkas kepada tetamu dan jemputan khas memaklumkan majlis pernikahan Mimi dan Syafiq yang dijadualkan 18 Ogos ini telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Difahamkan, majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dan majlis resepsinya pula bakal diadakan pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di lokasi sama.

Untuk rekod, Syafiq dan Mimi pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar majlis pertunangan di media sosial pada Januari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*