Cerai Lepas Isteri Kant0i Cur4ng, Para Gadis Cuba Nasib Pikat Duda ‘H0t’ – ‘Mama Tunggu Dekat Malaysia’

 

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Itulah yang dilalui seorang jejaka dari Indonesia ini apabila dia menjalani kehidupan sebagai seorang duda selepas berpisah dengan isterinya.

Duda ‘hot’ jadi buruan

Menerusi kisah yang dikongsikan di TikTok, seorang jejaka yang dikenali dengan nama Samuel Elvin menceritakan kisah rumah tangganya yang musnah dek isterinya yang curang. Samuel dan isterinya mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan ketika itu, dia baru sahaja berusia 18 tahun. Tidak lama selepas itu, isterinya disahkan hamil.

Pada 2016, isteri telah selamat bersalin dan pada tahun 2017 iaitu ketika anak baru berusia setahun, isteri aku curang dengan bekas teman lelakinya. Disebabkan itu, kami bercerai.

Selepas berpisah, Samuel mendapat hak penjagaan anak dan dia telah membesarkan anak lelakinya, Bryan sendirian. Tambah Samuel lagi, dia telah berpindah ke Jakarta untuk menyambung pengajiannya sambil bekerja.

Aku memperbaiki diri, apa yang salah dan merawat kerana alasan isteri selingkuh dengan bekas teman lelakinya kerana dia lebih kacak dan lebih berduit.

Aku banyak belajar dari kegagalan hidup. Aku berusaha jadi lebih baik kerana masa depan aku dan Bryan adalah keutamaan aku pada saat ini.

Sementara itu, Samuel akui kini dia hidup bahagia berdua bersama anak lelakinya itu. Sekiranya bertemu dengan jodoh baharu, Samuel berharap agar wanita itu dapat menerima dirinya dan Bryan seadanya.

VIDEO KLIK SINI

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para gadis tidak lepaskan peluang ‘mencuba nasib’ untuk memikat Samuel yang disifatkan sebagai seorang duda ‘hot’ kerana memiliki wajah yang kacak. Tidak kurang juga, ada yang sempat berseloroh mengatakan bahawa jodoh Samuel berada di Malaysia dan mereka berbesar hati menunggu kedatangan lelaki ini.

Sumber: Samuel Elvin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*