Danny nafi bercerai sebab kembali hidup sebagai mak nyah, mahu terus jadi lelaki sejati

BERITA keruntuhan mahligai cinta pasangan bekas mak nyah dan pengkid selepas hanya dua minggu hidup sebagai suami isteri mengejutkan pengguna media sosial.

Susulan itu pelbagai telahan muncul tentang punca sebenar penceraian mereka.

Tampil bersuara, Adam, 40, atau lebih dikenali sebagai Danny mengesahkan dia melafazkan cerai talak satu kepada isterinya, Nurazearah Fateha atau Yan pada 30 Julai lalu menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp.

Enggan mendedahkan punca penceraian kerana tidak mahu membuka pekung mana-mana pihak, Danny berkata dia sendiri tidak menjangka jodoh dengan bekas pengkid berusia 22 tahun itu hanya bertahan tidak sampai sebulan.

Pasangan ini diijabkabulkan pada 15 Julai lalu.

“Tak ada mana-mana pasangan yang berkahwin inginkan penceraian terjadi dalam hidup mereka. Namun saya reda kehidupan kami sebagai suami isteri hanya bertahan setakat dua minggu.

“Mungkin ada kelemahan saya sebagai seorang suami yang tak disedari sehingga akhirnya mendorong kepada perpisahan ini.

“Memang pada mulanya keputusan ini sukar untuk dibuat, tapi saya memilih untuk reda dengan ketentuan Allah,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Tambah pemilik salun ini, dia sedar pelbagai spekulasi yang dilontarkan netizen mengenai punca penceraiannya dengan bekas isteri.

“Saya tahu macam-macam orang cakap tentang penceraian kami. Mereka sangka saya atau Yan masih dengan kehidupan lama, tak berubah dan sebagainya.

“Tidak! Bagi saya, manusia ada hak untuk menilai tapi jangan sampai hina saya dan bekas isteri saya.

Danny dan Yan sempat berkenalan selama lima hari sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Buat masa sekarang, saya akan teruskan kehidupan sebagai seorang lelaki. Mana tahu selepas ini bertemu jodoh dengan wanita lain. Cuma saya mahu mengenali betul-betul hati budinya. Tak mahu terlalu terburu-buru kerana mahu belajar daripada kesilapan.

“Saya tak menolak jika ada jodoh sama ada dengan wanita lain atau kembali bersama Yan… dia pernah jadi orang yang saya sayang,” ujar Danny lagi.

Walaupun bukan lagi bergelar pasangan suami isteri, Danny berkata dia dan Yan ada berhubung tetapi hubungan mereka hanya sebagai sahabat.

Saya akan teruskan kehidupan saya sebagai seorang lelaki… mana tahu selepas ini bertemu jodoh dengan wanita lain.

DANNY

Ujarnya lelaki ini juga, dia akan ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada Isnin bagi mendaftarkan kes permohonan cerai.

Tidak mahu orang ramai berterusan ‘memanaskan’ keadaan, Danny berkata dia hanya mampu meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buatnya dan bekas isteri.

“Kepada orang di luar sana, harap berhentilah berkata-kata perkara yang tak baik. Anda tak rasa apa yang saya rasa, jangan jadi hakim.

“Kepada yang berdoa kami bersatu semula, saya hanya mampu serahkan kepada Allah. Pendek kata, mohon doakan yang terbaik untuk kami. Kalau ada jodoh dengan Yan, siapalah saya untuk menolaknya,” akhirinya.

Majlis perkahwinan pasangan ini diraikan dengan meriah di Ulu Remis, Kluang, Johor.

Terdahulu, perkahwinan Danny dengan Yan menjadi tumpuan ramai gara-gara status mereka sebelum ini yang dikenali sebagai bekas mak nyah dan pengkid.

Pasangan berkenaan selamat diijabkabul pada 15 Julai lalu di Ulu Remis, Kluang, Johor, selepas lima hari mengenali antara satu sama lain.

Disebabkan tempoh perkenalan yang agak singkat sebelum mengumumkan bakal berkahwin, pasangan berkenaan dikecam netizen dan beranggapan bahawa rancangan perkahwinan mereka hanya sekadar untuk content media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*