“Takkan sentuh masalah air pun salah?” – Syahmi Sazli perjelas kenyataan isteri, bersuara bukan maksud minta tukar kerajaan negeri

RAMAI tersentak dek luahan isteri kepada pempengaruh dan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul mengenai masalah air yang tidak berkesudahan di Kelantan walaupun sudah lebih 30 tahun kerajaan negeri sedia ada berkuasa.

Susulan kekecohan yang berlaku sehingga isterinya menerima banyak kecaman dan kritikan, Syahmi pada Sabtu tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Kata Syahmi ramai yang salah sangka dan mempersoalkan kesahihan kenyataan isterinya memandangkan masalah air tidak dilihat berlaku di rumah mereka selain perniagaan air balangnya juga boleh berjalan seperti biasa.

Tangkap layar video penjelasan Syahmi.

“Sebenarnya Nissa kongsi posting masalah seorang kakak ni dalam grup Facebook Pasir Mas yang meluahkan tentang dia mengalami masalah air selama enam bulan.

“Nissa kongsi benda tu dan tulis kapsyen sikit. Tapi Nissa tak kata pun nak tukar kerajaan negeri atau parti ke, tak ada. Ini pasal masalah rakyat dan Nissa kongsi benda itu saja,” katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok.

Bagaimanapun, Syahmi mengakui masalah air tersebut berlaku terhadap segelintir pengguna di Kelantan.

“Jadi bagi Syahmi, masalah ini memang ada walaupun segelintir… tapi ada. Takkanlah nak sentuh masalah itu pun menjadi satu kesalahan.

“Kalau sentuh masalah ni satu kesalahan, tak ada perubahanlah. Kalau ikutkan Syahmi, tak kisah pun siapa-siapa nak tadbir atau memerintah, tapi asalkan benda asas (keperluan asas) untuk rakyat ni dipenuhi dan diselesaikan,” ujarnya.

Hantaran asal dibuat Annisa di Facebook.

Pada masa sama, Syahmi turut memohon maaf kepada para pengikutnya sekiranya terasa hati dengan perkongsian isterinya di Facebook berhubung isu tersebut.

“Tapi disebabkan nak jaga hati beberapa orang, kita nak abaikan isu ni. Tak boleh juga. Jadi, sesiapa pun yang kata tak ada masalah asalkan benda asas wajib diselesaikan,” katanya lagi.

Pengguna Facebook itu turut berkongsi foto tandas masjid di mana tempat dia mengangkut air untuk kegunaan harian.

Terdahulu, Anissa mengulas tentang hal itu menerusi komennya pada hantaran yang dibuat seorang pengguna Facebook.

“Lebih 30 tahun dah duduk jaga (menjadi pemerintah). Benda asas pun tidak boleh nak selesaikan.

“Dengan air la (kita) nak ambil wuduk untuk tunaikan solat di rumah. Mandi selepas pulang daripada kerja untuk pergi ke masjid dan solat berjemaah.

“Cakap lebih kata tak sayang agama. Benda asas nak menghadap Sang Pencipta pun tak selesai,” tulisnya pada Jumaat.

Anissa mengulas tentang hal itu menerusi komennya pada hantaran yang dibuat seorang pengguna Facebok dikenali sebagai Nur Idayu Supian.

Nur Idayu sebelum itu berkongsi tentang rutinnya yang terpaksa mengambil air daripada tandas masjid berdekatan untuk kegunaan membersihkan diri menerusi grup Facebook Pasir Mas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*