“Cerai Talak 1” – Kahwin Lepas 5 Hari Kenal, Pasangan Tular Hanya Bertahan 2 Minggu

Sebelum ini tular di media sosial mengenai perkahwinan unik pasangan bernama Danny dan Nur Azera selepas lima hari berkenalan.

Pemilik salun yang lebih mesra disapa Danny mengambil keputusan mengahwini Nur Azera kerana mahu kehidupan yang lebih sempurna dengan berumahtangga.

Namun, jodoh mereka nampaknya tak bertahan lama apabila bercerai talak 1 dua minggu kemudian. Lapor Harian Metro, Danny mengaku melafazkan cerai kepada isterinya menerusi kiriman Whatsapp pada 30 Julai lalu.

Saya tahu perceraian adalah hal yang Allah murka tetapi mungkin jodoh kami sampai di situ saja.

Lelaki berusia 40 tahun tersebut bagaimanapun tak boleh berkongsi punca sebenar mereka berpisah, tetapi ianya berlaku kerana tidak serasi.

Danny juga mengaku keluarga terutama emaknya bising kerana ambil keputusan bercerai tanpa berbincang dengan keluarga.

Mengenai dakwaan kahwin hanya untuk content, bekas mak nyah ini menafikan perkara itu dan memaafkan sesiapa yang menuduh.

Cuba fikir saya berkahwin menggunakan duit dan memang ikhlas nak halalkan isteri jadi takkan saya sanggup buat semua itu demi ‘content’?

Terdahulu, pasangan ini mencuri perhatian ramai kerana Danny dikatakan merupakan bekas mak nyah manakala isterinya pula berpewatakan lelaki.

VIDEO;

Kedua-duanya sudah berubah ke jalan yang benar, tetapi takdir Allah SWT menyatakan jodoh mereka setakat ini sahaja.

Kredit: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Oh! Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*