Chef Wan disahkan hidap k4nser limfoma, bakal mula rawatan kimoterapi

CEF selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memaklumkan dirinya disahkan menghidap k4nser limfoma.

Menurut Chef Wan, hospital telah melakukan ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali dan mendapati dia didiagnos k4nser berkenaan.

“Saya baru sahaja menjalani ujian ECG saya tadi. Pada pukul 3 petang doktor menyampaikan berita tentang keputusan biopsi saya.

“Mereka terpaksa menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan tersebut… saya sememangnya menghidap k4nser limfoma,” katanya.

Chef Wan masih ceria dan positif menerima takdir yang ditentukan.

Chef Wan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu dia dimaklumkan oleh doktor mempunyai peluang untuk sembuh antara 70 hingga 80 peratus.

Justeru itu, dia perlu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 13 kitaran untuk jangka masa selama 13 minggu.

“Pada peringkat ini, peluang untuk sembuh biasanya adalah 70 hingga 80 peratus. Isnin ini, saya akan melakukan ujian sumsum tulang kerana k4nser limfoma juga dikaitkan dengan sumsum tulang kita.

“Saya juga akan menjalani kimoterapi dan memulakan rawatan itu serta-merta sebanyak 13 kitaran iaitu bermaksud selama 13 minggu,” ujarnya.

Biarpun berkongsi berita duka, Chef Wan masih sempat berseloroh memikirkan keadaannya selepas menjalani kimoterapi nanti.

Katanya, dia tidak dapat membayangkan dirinya berdepan keguguran rambut akibat kesan sampingan yang bakal dialami.

“Doktor berkata saya akan mula kehilangan rambut saya. Ya Tuhan saya sudah mula membayangkan diri saya dengan rambut palsu yang hebat seperti gaya Elvis Presley, M. Daud Kilau, Samy Velu, Liberace dan banyak lagi.

“Saya akan mengalami adegan munt4h seperti dilakonkan oleh Linda Blair dari filem Exorcist dan juga cirit-birit yang tidak berkesudahan,” ujarnya.

Kekal tenang dan positif, Chef Wan berkata dia menerima takdir dengan hati terbuka biarpun anak perempuannya iaitu Serina tidak menahan sebak mendengar berita duka ini.

Chef Wan dikenali sebagai seorang yang ceria dan peramah.

“Saya menerima semua ujian ini dengan hati terbuka dan keberanian. Inilah kehidupan… anda hanya perlu melaluinya satu demi satu dengan cara positif.

“Anak perempuan dan menantu saya kecewa mendengar berita ini… saya kata jangan menangis, saya okay. Saya belum pergi lagi.

“Saya perlu kuat dan sihat kerana saya juga perlu menjaga ramai orang. InsyaAllah Allah akan jaga saya.

“Terima kasih atas semua doa dan ucapan anda. Tolong jangan risau kerana kita semua akan melalui ini bersama-sama… supaya kita boleh memberi inspirasi dan membantu orang lain di masa hadapan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*