[VIDEO] Lembu tersepit, tuan rumah sanggup pec4h pagar… Netizen suruh sembel!h sebab nakal

MALANG tidak berbau.

Seekor lembu tiba-tiba popular di media sosial selepas tular video memaparkan kepalanya tersekat pada pagar batu sebuah rumah.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang memec4hkan sebahagian pagar tersebut menggunakan tkul bagi menyelamatkan haiwan peliharaannya.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Pemilik lembu yang dikenali sebagai Izwan atau Aboy mendedahkan kejadian tersebut berlaku di kediamannya di Gemencheh, Negeri Sembilan, pada 19 Julai lalu.

“Kejadian berlaku di rumah saya. Ini bukan kejadian pertama, sebelum ni pernah juga terjadi tapi kepala boleh lepas.

“Cuma kali ni kepala lembu tak lepas. Lembu tu macam minta tolong. Jadi saya terpaksa pecahkan satu tiang pada pagar tu menggunakan tukul,” ujarnya.

Ingatkan Oyen (kucing) je selalu buat perangai. Dia pun nak juga, kan dah mendapat.

NETIZEN

Menurut pemandu jengkaut itu, dia pada awalnya berkongsi video kejadian menerusi aplikasi TikTok untuk tontonan rakan-rakan sahaja.

Namun katanya, dia sama sekali tidak menyangka video tersebut dihujani pelbagai komen netizen sehingga meraih hampir setengah juta tontonan.

“Tak sangka pula dapat sambutan macam ni sekali. Biasanya saya suka post video tentang kerja di TikTok. Memang kawan-kawan je yang menonton.

“Tiba-tiba viral video lembu. Saya ni duduk di kampung, boleh la bela haiwan sikit-sikit. Setakat ini ada 15 ekor lembu peliharaan,” ujar Izwan lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terhibur melihat aksi lembu berkenaan yang dianggap lucu dan tidak masuk akal.

Pada masa sama, ramai yang turut menzahirkan rasa simpati melihat lembu itu yang kelihatan ‘pasrah’ ketika ia sedang dibantu oleh pemiliknya.

file7ogc02f13zs1kxgdopz

Aktiviti membela lembu merupakan perkara biasa di kawasan desa. -Gambar hiasan

“Ingatkan budak je yang nakal. Rupa-rupanya binatang ini pun nakal juga. Adoi, tak pasal-pasal kena pecah pagar.

“Masa raya korban hari tu tak nak pula serah leher tu.

“Ingatkan Oyen (kucing) je selalu buat perangai. Dia pun nak juga, kan dah mendapat.

“Pecah simen rugi RM5,000, kalau sembelih untung RM10,000,” tulis beberapa netizen secara berseloroh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*