Madammu Umum Nama Cahaya Mata Sulung, Belanja Sipi-Sipi Wajah Ahmad Kayden

SELEPAS hampir dua bulan bersalin, usahawan kosmetik Eriyca Baiduri memilih nama Ahmad Kayden untuk bayi lelakinya.

Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 33, berkata, dia dan suami sepakat memilih nama berkenaan yang membawa maksud kekuatan.

“Kami memilih nama Ahmad Kayden yang membawa maksud kekuatan. Nama tersebut diambil daripada bahasa Arab yang telah dikomersialkan.

“Kalau ikutkan ejaan sebenar ‘Kaydin’ tetapi kebanyakan individu juga menggunakan nama yang sudah dikomersialkan seperti Caden, Kaden atau Kayden,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Madammu memilih nama bayi daripada bahasa Arab.

Dalam pada itu, Madammu mendedahkan suaminya iaitu Muhammad Azri Che Noh, 44, pada awalnya mahu memberi nama Johan yang membawa maksud kemenangan tetapi dia tidak bersetuju dengan pilihan tersebut.

“Suami saya nak letak nama Johan… saya tidak setuju. Sebenarnya dia dah simpan lama nak letak nama Johan.

“Tapi saya rasa macam tidak mahu menggunakan nama itu dan Alhamdulillah suami juga bersetuju dengan nama pilihan saya,” ujarnya.

Sementara itu, Madammu memberitahu dia akan hanya mendedahkan wajah bayi lelakinya apabila tiba masa sesuai.

Bagi Madammu, dia mahu bayinya itu membesar sedikit dan baharulah mereka suami isteri berkongsi wajah anak mereka kepada umum.

Kami memilih nama Ahmad Kayden yang membawa maksud kekuatan.

ERIYCA BAIDURI

USAHAWAN KOSMETIK NOIR

“Sekarang Kayden masih kecil lagi… muka dia pun berubah-ubah. Insya Allah tunggulah usianya menjangkau tiga atau empat bulan baru kami akan dedahkan wajahnya.

“Saya bersyukur Kayden seorang bayi yang baik dan tidak sukar untuk menjaganya. Alhamdulillah, Kayden sekarang berada dalam keadaan sihat… beratnya pun sudah hampir cecah lima kilogram,” katanya.

Pada 9 Jun lalu, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur secara pembedahan.

Madammu 2

Madammu masih belum mendedahkan wajah bayi lelakinya.

Proses kelahiran berjalan lancar dan hanya mengambil masa selama 40 minit di bilik pembedahan.

Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015 yang juga seorang duda beranak tiga.

Tiga anak Azri iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi dijaga dengan baik oleh Madammu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*