PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki tanpa sedar ‘baring’ di atas seekor ular.
Dipercayai ia daripada spesis ular senduk yang berbisa.
Menerusi perkongsian video Miazaraa di TikTok, dapat dilihat ibu kepada kanak-kanak tersebut yang menggunakan nama Yana, memaklumkan anaknya itu selamat ketika kejadian.
“Salam, ni anak saya. Alhamdulillah anak saya selamat dan ini bukan ular mainan ya, ular senduk, amat berbisa tapi Allah jaga anak saya,” kongsinya.
Kejadian dipercayai berlaku di rumah pengasuh kanak-kanak tersebut dan di sebalik pihak yang mengecam, ramai memuji perakam video berkenaan kerana tidak panik.
VIDEO;
@mummy_miazaraa MasyaAllah Allahuakbar . Allah maha kuasa . Anak ni Dalam jagaan Allah 🤲🏻
“Bagus akak ni tenang. Ular ni kita tak boleh panik, kau kena tenang jangan bergerak. Kau bergerak, memang habis,” kata Nurazlynn.
“Nasib baik adik ni tak bergerak. Ular aktif pada pergerakan,” ujar Nurul Fatimah
“Betul, kalau panik lagi la ular tu rasa terancam, lagi bahaya,” kata seorang pengguna.
Sumber: Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://b.cari.com.my/
Leave a Reply