[VIDEO] Cat Farish Tersasul Sebelum Akad Nikah, Shikin Maembong Berjurai Air Mata Selepas Sah Jadi Isteri

 

Penyanyi, Cat Farish selamat bergelar suami kepada pelakon dan usahawan, Shikin Maembong dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diraikan pada kira-kira jam 9.07 malam.

Sekali lafaz

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas, Taman Ibu Kota, Ustaz Mohd Shukri Bin Haji Shafie dan berwalikan bapa Shikin, Ismail Embong dalam sebuah majlis yang diraikan di Grand Asiana Setapak.

VIDEO;

@ohbulanofficial

Tahniah diucapkan buat Cat Farish! Selamat pengantin baharu ❤️ #ohbulan #sembangentertainment #catfarish #sah #bergelar #suami #shikinmaembong

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 49, yang memakai baju melayu berona putih menyerahkan mas kahwin sebanyak RM200.

Manakala Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur’Ashikin Ismail, 40, menerima tiga dulang hantaran berbalas lima.

Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Dalam pada itu, Shikin dilihat menangis kegembiraan sejurus selepas majlis akad nikah selesai.

Majlis pernikahan ini turut dihadiri sahabat karib pasangan dua merpati sejoli itu.

Cantiknya semua!

@ohbulanofficial

Cantiknya semua 😍 #ohbulan #sembangentertainment #majlis #resepsi #catfarish #shikinmaembong #dulanggirl #emmamaembong #chachamaembong

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Terdahulu, Cat dan Shikin dikatakan hangat bercinta selepas dilihat memuat naik beberapa foto dan video mesra di media sosial.

Untuk rekod, Cat sebelum ini berkahwin dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 namun sah bercerai pada Januari lalu. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Cat kemudian berkahwin sekali lagi dengan Hartiny Ramli dan disahkan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, tetapi bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna. Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun, berpisah selepas dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*