[VIDEO] ‘Bawa Kereta Member, Hati-Hatilah’ – Pekin Ibrahim Reda, Kereta GR Yaris Kansai ‘Total Lost’

 

Pelakon, Pekin Ibrahim ternyata kecewa namun reda apabila kereta GR Yaris Kansai D1 Edition miliknya yang baru sahaja tiba dari Jepun ‘total lost’ selepas terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.

Kereta dipandu rakan

@pekinibrahim74

DOA YANG BAIK BAIK SEMUA . ❤️#bigjoecarwashanddetailing #Gryariskansai #Tinggalkenangan

♬ See You in Heaven – Calming Tune

Menerusi hantaran video dimuat naik di TikTok, Pekin menjelaskan bahawa bukan dia yang memandu kereta baharunya itu sebaliknya, ia dipandu oleh seorang rakannya.

Okay geng, Assalamualaikum, nak bagitahu ya bukan saya yang bawa GTR tu. Yang bawa adalah kawan saya, Amirul nama dia.

Tiga orang masa kejadian, abang Arif yang duduk di sebelah pemandu, Faiz duduk belakang Tiga-tiga selamat, Alhamdulillah.

Adalah yang patah bahu, cedera tu ada tapi ketiga-tiganya selamatlah. Jadi kita doakan diorang cepat-cepat sembuhlah.

Meskipun sedih dan terkilan dengan apa yang terjadi, pelakon filem Rock Oo! itu meminta kepada wargamaya untuk menghentikan segala khabar angin yang tidak betul dengan mengatakan mereka yang terlibat dalam kemalangan itu meninggal dunia dan berlumba sehingga menyebabkan kemalangan.

Pekin turut memaklumkan bahawa dia dan rakan-rakannya itu akan menyelesaikan perkara ini sejurus sahaja mereka sembuh dari kecederaan yang mereka alami.

Berhentilah sebarkan perkara-perkara yang bukan bukan mengatakan meninggal lah, berlumba lah.

Sebenarnya benda berlaku sekelip mata. Kita tak tahu ya, semuanya berlaku atas Qada’ dan Qadar.

Benda ni kami akan bincang selepas semuanya sembuh, semua dah sihat kita akan bincang macam mana nak selesaikan ini.

Di akhir videonya itu, suami kepada pelakon Mona Allen itu sempat menitipkan pesanan buat semua yang menonton untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya.

 Apa-apa pun untuk korang, berhati-hati di jalan raya.

Bawa kereta ‘member’, kena hati-hatilah itu je saya boleh cakap.

Difahamkan, kereta jenis GR Yaris Kansai D1 Edition milik Pekin itu mendapat sentuhan istimewa oleh pemilik Kansai Service di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia lebih kurang seminggu yang lalu.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial memaparkan keadaan kereta Toyota GR Yaris milik Pekin yang ‘total lost’ selepas terlibat dengan kemalangan.

Keadaan kereta Pekin

@freakbellaz

Dugaan buat abang Pekin Ibrahim 🙏🥹 syukur semua selamat. Ada hikmah disebalik ni kereta baru je sampai 🇲🇾 🥹 #gryaris #GR #gr #kansai #pekin #pekinibrahim #pekin7words #jdm #yaris #jdmcars #jdmcarsoftiktok

♬ original sound – adaweya – adaweya

Sumber: TikTok 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*