Seorang suri rumah meluahkan rasa kecewanya apabila dia tidak dapat membuka akaun di sebuah bank selepas dua kali datang ke premis perbankan terbabit.
Wanita ini menjelaskan dia sudah menunggu lebih dua jam di bank tersebut. Namun pihak bank memaklumkan statusnya sebagai suri rumah menyebabkan dia tidak boleh membuka akaun.
Kata wanita itu lagi, kehadirannya ke bank itu adalah kali kedua selepas pihak bank sebelum ini meminta untuk menyediakan beberapa dokumen bagi membolehkannya untuk membuka akaun di bank tersebut.
Ketika kali pertama bertandang ke bank tersebut, dia telah bertanya dan menjelaskan mengenai statusnya sebagai suri rumah. Pihak bank hanya menjelaskan wanita itu perlu menyediakan beberapa dukomen sahaja.
VIDEO;
@farhanah_said
“Saya datang kali kedua dengan menyediakan dokumen yang diminta. Kemudian mereka kata tidak boleh dengan alasan status saya sebagai seorang suri rumah.
“Saya tunggu dua jam, sampai sahaja giliran saya pihak bank kata tidak boleh. Kenapa sebelum ini tidak diberitahu memang tidak boleh membuka akaun.
“Kali pertama saya sudah tanya di kaunter, kenapa daripada awal pihak bank tidak cakap yang memang suri rumah tidak boleh buka akaun bank. Ini adalah kali kedua saya datang, maksudnya saya boleh buka akaun..
“Saya tidak pernah rasa kecewa begini. Sepatutnya dari awal lagi pihak bank jelaskan yang suri rumah memang tidak boleh buka akaun bank,” katanya.
Menerusi ruangan komen, ada yang menyatakan prosedur ini bukan hanya tertakluk kepada suri rumah sahaja, malahan individu yang tiada pekerjaan tetap juga berdepan dengan situasi sebegini.
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://thereporter.my/
Leave a Reply