Kecoh semenjak semalam seorang ibu tampil mendakwa bahawa anaknya mengalami tr4uma untuk ke sekolah kerana selalu dig!git oleh gurunya.
Anak selalu kelihatan muram
Gambar sekadar hiasan
Menerusi hantaran di akaun Facebook (FB) Eyma Zaideen iaitu ibu kanak-kanak tersebut, mendakwa bahawa anaknya sering kelihatan muram dan selalu bertanya tentang cuti sekolah.
Bayangkan setiap kali hari Ahad, Abang Cik (anak) mengeluh dan akan tanya bila pula nak cuti. Saya pula jawab baru sahaja habis cuti raya tanya bila cuti lagi.
Anak pergi sekolah macam biasa, tetapi setiap kali balik rumah selalu muram macam tak seronok seperti budak lain. Lain sangat muka setiap kali pergi dan balik sekolah.
Saya sebagai ibu boleh rasa macam ada sesuatu yang tak kena sebab anak jenis tak beritahu apa yang terjadi di sekolah, dia jenis pendam kalau orang kacau dia.
Setelah disoal, akhirnya kanak-kanak berusia enam tahun itu mendakwa perbuatan seorang guru lelaki yang berkelakuan pelik iaitu selalu mengig!tnya.
Pertanyaan anak berlarutan setiap kali nak mula sekolah jadi lama-lama saya macam pelik apa masalah anak. Anak balik dari sekolah dengan muka sedih baru lepas menangis dan kemudian saya bertanya padanya.
Mama Abang Cik tak tahan dah nak pergi sekolah, nak tukar sekolah. Cikgu selalu gig!t bib!r, dia tarik panjang-panjang sakit sangat mama. Dah la gigi kuning dan mulut hitam, Abang Cik geli. Kadang-kadang cikgu gig!t telinga dan hidung juga. Hari ini dia gig!t bib!r dan hidung.
Tinjauan mendapati menerusi hantaran lain wanita tersebut juga mendakwa terdapat beberapa orang pelajar lain yang turut menjadi mangsa perbuatan tidak senonoh guru tersebut.
Ibu ambil tindakan
Terbaharu, menerusi perkongsian di FB, dia telah mengadakan perbincangan bersama pihak sekolah berhubung kes berkenaan.
Baru selesai jumpa Guru Besar sekolah dan setelah berbincang, pihak sekolah tidak menyebelahi tertuduh dan pihak sekolah juga akan mengambil tindakan secara keras kepada tertuduh secara berperingkat selaras dengan prosedur.
Ibu kanak-kanak itu juga mendakwa bahawa pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama peguam untuk mengambil tindakan lanjut terhadap guru tersebut.
Sementara itu, difahamkan anaknya akan mendapatkan rawatan bersama pakar untuk kembali pulih daripada tekanan mental yang dihadapinya.
Sumber: Facebook
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :ohbulan
Leave a Reply