SEORANG murid lelaki darjah lima dikenali sebagai Adam menerima pujian netizen kerana dirasakan memiliki hati yang mulia.
Menerusi video tular, dia bersama adik perempuannya, Ica, membawa semangkuk mi segera bersama telur untuk diberikan kepada seorang pekerja stesen minyak di Seri Manjung, Perak.
Pekerja dikenali sebagai Nur Fajrina itu berkata, dia sering bertemu kanak-kanak tersebut memandangkan ibu mereka bekerja di kawasan berdekatan.
VIDEO;
View this post on Instagram
Ketika hari kejadian, Fajrina berkata dia berseloroh dengan kanak-kanak berkenaan memberitahu dia kelaparan dan tidak menyangka Adam benar-benar pulang untuk memasak mi segera di rumahnya.
“Adik-adik tu duduk kawasan situ je, tempat saya kerja. Maknya kerja kedai jahit berhadapan tempat kerja saya. Mula-mula mereka lalu lalang pergi surau kat mall sebelah.
“Mereka senyum, lambai-lambai… Lama-lama maybe dia tengok kami okay je, mereka mula masuk dalam untuk sembang-sembang tanya itu ini setiap hari. Kadang bawa makanan.
Terima kasih melayan anak yatim ni. Adam memang suka masak.
SITI HAWA SHAWA
IBU ADAM
“Hari tu saya gurau je cakap lapar. Saya gurau suruh dia bawa apa-apa dari rumah. Terus dia cakap nak masak mi segera. Saya risau mak dia cakap apa pula, saya gurau je,” ujarnya.
Video yang dikongsi Fajrina atau lebih senang disapa Mekna, tentang kebaikan Adam dan adiknya meraih hampir 400,000 tontonan di aplikasi TikTok.
Selain dihujani komen netizen, ibu kepada kanak-kanak tersebut, Siti Hawa Shawa turut muncul dan mengucapkan terima kasih atas layanan baik Mekna terhadap anak-anaknya.
“Mama Adam hadir. Ate deme masak pun sebungkus je. Mana cukup. Terima kasih melayan anak yatim ni. Adam memang suka masak.
“Jangan cakap sorry. Adam masak special untuk akak Caltex. Balik sekolah turun motor terus nak pergi jumpa akak, tak sempat nak letak beg,” ujar ibu kanak-kanak itu.
Selepas kejadian tersebut, Fajrina berkata Adam sekali lagi hadir membawa makanan buat dia serta beberapa pekerja yang lain.
Fajrina bersyukur dipertemukan dengan kanak-kanak seperti Adam yang menceriakan hari-harinya di tempat kerja.
“Adam buat hal lagi. Kali ni tiga bungkus. Serba salah la macam ni. Dia tahu, dia cakap dekat TikTok lebih 300,000 tontonan. Kami janji dekat dia nanti nak belanja makan sebab rajin tolong.
“Terima kasih Adam dan Ica walaupun akak-akak, abang-abang (pekerja stesen minyak) tak larat layan banyak sangat soalan. Tapi kami gembira selalu teman kami dengan perangai deme masing-masing,” cerita Fajrina lagi.
Rata-rata netizen turut memuji sikap baik kanak-kanak itu dan berharap dia terus membesar menjadi insan yang budiman.
Adam dipuji netizen yang menganggapnya sebagai kanak-kanak berhati mulia.
“Untung akak Caltex. Bukan senang nak jumpa budak macam tu yang baik dengan orang tak dikenali.
“Comel je. Tu tanda kita baik. Budak-budak pun suka.
“Kacaknya Adam. Nanti besar jaga ibu dan adik elok-elok ya,” tulis beberapa netizen di TikTok.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply