PERKONGSIAN pengarah Syamsul Yusof yang memuat naik foto anak perempuannya iaitu Sumayyah yang dilihat menitiskan air mata meraih perhatian netizen.
Paparan foto Sumayyah itu dipercayai dirakam semasa Syamsul membuat panggilan video bersama anak perempuannya itu.
“Ayah garang sebab sayang,” kata Syamsul menerusi Instagram.
Gelang tangan emas di foto jadi bualan netizen.
Namun lain pula yang menjadi perhatian apabila netizen memerhati gelang pada tangan wanita yang memegang Sumayyah dalam gambar berkenaan.
Menerusi aplikasi TikTok, foto tersebut dimuat naik semula dan ramai memberikan pendapat itu merupakan tangan pelakon Puteri Sarah Liyana.
Justeru itu, rata-ratanya meluahkan rasa gembira melihat hubungan Syamsul dan Sarah kini lebih baik berbanding sebelum ini.
“Tadi tengok Puteri Sarah buat live, sah-sah itu memang gelang dia.
“Masa buat live tadi Puteri Sarah ada kata nak hubungi ayah (Syamsul) biar marah Syaikul dan Sumayyah sebab nakal sangat.
“Permulaan hubungan yang lebih baik, lagi pun dia orang dalam eddah lagi kan,” antara komen netizen.
Netizen anggap itu gelang tangan Puteri Sarah.
Pada 14 Jun lalu, Syamsul melafazakan talak di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Susulan itu, mahkamah memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan penceraian mereka.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.
Sarah dan Syamsul bercerai 14 Jun lalu.
Kemelut rumah tangga pasangan itu berlarutan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu selepas akters berkenaan memfailkan permohonan bercerai secara baik pada pertengahan Januari 2023.
Tindakan itu dibuat selepas Syamsul mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan aktres Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi pada 6 Januari 2023.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :mstar
Leave a Reply