Jika selama ini penampilan juri tetap Big Stage 5 yang mengundang kecaman, kali ini hos Elly Mazlein pula yang mencuri perhatian.
Busana hitam dihiasi ‘juraian’ berwarna emas yang digayakan Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom pada malam suku akhir program itu disifatkan seperti kain langsir.
IG
Selain mendapat komen baju Kak Lina seperti langsir di laman sosial yang dibacakan oleh Presiden Netizen iaitu Anna Jobling, penampilannya juga menjadi usikan dalam kalangan juri.
VIDEO;
View this post on Instagram
Ziana Zain selaku juri jemputan sempat mengusik baju Kak Lina seperti langsir, sama seperti Ajai yang ketawa sebelum mengatakan: “Yang penting anggun”.
Meski menjadi bahan usikan sejak Bigstage bermula sehingga akhir, Kak Lina tetap selamba, ‘pasrah’ dan sporting.
View this post on Instagram
Difahamkan, busana yang digayakan hos, pelakon dan penyanyi itu direka oleh pereka terkenal, Wanpa.
Sumber: Gempak / https://b.cari.com.my/
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply