[VIDEO] Achey Masuk Hospital, Ada Benjolan Di Belakang Badan

Achey terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor susulan terdapat benjolan di bahagian belakang tubuh badannya.

Fad memberitahu rakan baiknya itu sudah menjalani ujian pengimejan resonan magnetik (MRI) dan sedang menunggu keputusan bagi mengetahui punca dan rawatan susulan.

Foto: IG

“Dia sudah lama ada benjolan itu dan ada ketikanya ia memberi kesan sehingga menyebabkan rasa sakit.

“Alhamdulillah Achey dalam keadaan baik cuma masih menunggu keputusan MRI,” katanya.

VIDEO;

Fad memberitahu pengalamannya berdepan dengan masaah slip disc sebelum ini juga antara faktor dia memaksa Achey membuat pemeriksaan bagi mengetahui punca benjolan tersebut.

Bagaimanapun katanya, Achey belum membuat keputusan sama ada mahu melakukan pembedahan bagi membuang benjolan tersebut dan menunggu laporan MRI.

“Sebelum ini saya dah pernah kena slip disc, jadi saya tahu bagaimana rasa sakitnya dan sebab itu saya nasihat Achey pergi hospital dan buat pemeriksaan.

“Sebarang rawatan lanjut masih belum diputuskan. Saya pun belum dapat bercakap lanjut dengan Achey,” katanya.
Achey sebelum ini ada memaklumkan menerusi Instagram dia dimasukkan ke hospital namun tidak mendedahkan puncanya.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://b.cari.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*