Lelaki kantoi mencuuri durian dari sebuah gerai jualan buah-buahan tersebut di Paka, Dungun, Terengganu selepas kegiatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.
Klip memaparkan perbuatan lelaki tersebut dikongsikan sendiri oleh gerai terbabit di akaun TikToknya, PAKDO DURIAN sejak Isnin.
Majoriti
Menerusi video berdurasi dua minit 16 saat berkenaan, lelaki tersebut yang kelihatan memiliki badan agak sasa mengambil buah durian diletakkan di dalam guni yang berada di bahagian belakang gerai terbabit.
Pada masa sama, dia yang memakai jersi berwarna hitam itu turut didapati berhenti sebentar untuk berbual melalui telefon bimbit sebelum meneruskan kegiatannya.
Dia yang langsung tidak memakai sebarang penutup muka bagi menyembunyikan identiti itu kemudiannya meninggalkan gerai tersebut dengan membawa dua plastik beg besar yang berisi durian.
“Kepada yang berkenaan atau yang mengenali susuk tubuh lelaki sado ini, sila datang ke gerai selesaikan sebelum kami ambil tindakan selanjutnya.
“Saya bagi masa dua hari sampai 7 petang esok (Rabu), kalau tak kami akan buat laporan,” ujar hantaran yang mengiringi perkongsian video tersebut.
Lelaki tersebut didakwa mencuri sebanyak lima plastik besar durian dengan anggaran berat kira-kira 30kg.
Tarikh dan waktu yang dipaparkan di video itu adalah pada Isnin kira-kira pukul 5.30 pagi.
VIDEO;
View this post on Instagram
Dalam pada itu, terdapat warganet yang meminta agar pemilik gerai terbabit supaya menghalalkan durian yang dicuri itu memandangkan ia melibatkan jumlah yang agak kecil.
Namun begitu, pemilik gerai tersebut mendakwa perbuatan itu bukanlah kali pertama dilakukan lelaki tersebut.
“Bukan masalah halal ke tak tuan, ni kali kedua dan kali pertama dah bagi muka, lama-lama makin naik lemak,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, PAKDO DURIAN mendakwa kecurian itu membabitkan sebanyak lima plastik besar berisi durian dengan anggaran berat sekitar 30 kilogram (kg).
Pemilik TikTok itu kemudian memadam video berkenaan supaya tidak mengganggu siasatan pihak berkuasa.
Sumber: Majoriti
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://b.cari.com.my/
Leave a Reply