PETALING JAYA – Selepas kecoh di media sosial tentang seorang wanita yang juga penjawat awam didakwa mengeluarkan perkataan berunsur h!naan kepada anggota polis, dia sekali lagi menjadi bualan apabila tular rakaman perg4duhan mulut di sebuah parkir.
Rakaman itu dikongsikan beberapa pengguna Twitter sejak malam tadi.
“Jenis apa lah dia ni. Macam mana boleh jadi pun tak tahu la. Perangai sebiji macam m0nyet. Padahal baru semalam viral video dia m4ki polis pangkat rendah, ini buat perangai pula dengan orang awam.
“Harap PDRM (Polis Diraja Malaysia) dengan Perhilitan boleh segera bertindak, kembalikan dia ke h4bitat asal,” ciap @_AmranFans.
Sementara itu, di ruangan komen, seorang lagi individu tampil membuat pengakuan dengan mendakwa penjawat awam terbabit pernah mem4ki dirinya pada bulan Mei lepas.
“Dia ini memang suka cari pasal, bulan lima hari itu di Starbucks Sunway Putra jerit m4ki-m4ki dekat saya awal-awal pagi.
“Dia siap rakam saya dengan rakan perniagaan saya dekat situ. Saya siap panggil polis bantuan, jenis m3ntal suka cari pasal, saya tak rakam kalau tak mesti buat laporan polis,” kongsi @akusimpleguy.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, wanita tersebut yang juga suspek kejadian berkaitan pengh!naan terhadap anggota polis telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.
Perkara itu telah disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
VIDEO;
Inspektor Shila berjaya tular sekali lagi 😂🤣 untuk kali ini kejadian berlaku di parking pula pic.twitter.com/SUQQz6iz4Z
— ALAN: The Untold Story (@IniAlalalannn) June 17, 2023
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :– KOSMO! ONLINE
Leave a Reply