Sempena Hari Bapa yang disambut pada hari ini, Malaysia meraikan hari tersebut dengan tema ‘Terima Kasih Bapa’.
Sama ada menimang cahaya mata buat kali pertama mahupun yang keenam, pastinya kegembiraan mana-mana individu bergelar ayah itu tetap sama.
Walaupun tidak semua meraikan sambutan itu, namun tidak ada salahnya untuk mengucapkan terima kasih kepada ayah sebagai tanda mengingati pengorbanan mereka membesarkan anak-anak.
Harris Annuar
Mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022, pelakon dan pengacara, Harris Annuar menyambut cahaya mata sulung pada 26 Mac 2023.
Isterinya, Asha Merican selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Pakar KPJ Perlis kira-kira pukul 11.51 malam.
Bersalin dua minggu lebih awal secara pembedahan, Harris dan Asha sepakat menamakan anak perempuan mereka Aura Medina.
Pelakon filem Pulau ini turut meluahkan rasa sebak dan tidak menyangka kini sudah mempunyai seorang cahaya mata.
Syafiq Farhain
Baru-baru ini, penyanyi Syafiq Farhain adalah antara selebriti tanah air yang menyambut kelahiran cahaya mata sulung.
Pemilik nama sebenar, Nursyafiq Farhain AM Salim menimang anak perempuan pada 6 Jun 2023.
Isterinya, Alia Nadia selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada pukul 10.49 pagi secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu, Terengganu.
Tambah Syafiq sehari sebelum bersalin, isterinya itu sempat mengikut dia menjalani penggambaran muzik video lagu terbaharunya yang dilakukan di sana.
Jarang berkongsi kisah peribadi di media sosial, Syafiq juga mengambil pendirian enggan terlalu berkongsi gambar anaknya itu di sosial media kerana menganggap kisah keluarga adalah terlalu peribadi.
Untuk rekod Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2021.
Fizo Omar
View this post on Instagram
Walaupun menyambut kelahiran anak ketiga, namun pelakon Fizo Omar tetap teruja menimang cahaya mata yang dilahirkan pada 19 Mei 2023 itu.
Isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan bayi perempuan seberat kira-kira tiga kilogram (kg) di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan pada jam 5.57 petang.
Pemilik nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar bersyukur diberi peluang menyambut sendiri anaknya, biarpun perasaan ketika itu, bercampur baur.
Fizo mengaku kelahiran anak mendorongnya bekerja lebih kuat dan mencari rezeki untuk keluarga.
Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung, iaitu Wan Khaleeda yang berusia 11 bulan.
Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013. Namun, mereka bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam, 6.
Syafiq Yusof
Pengarah terkenal, Syafiq Yusof menimang cahaya mata ketiga yang juga anak lelaki pertamanya pada 8 Februari 2023 kira-kira jam 8.18 pagi di sebuah pusat perubatan.
Syafiq berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya sekali gus mengumumkan nama anaknya iaitu Muhammad Nu’Aiman bin Muhammad Syafiq.
Untuk rekod, Syafiq yang juga anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam mendirikan rumah tangga dengan Aisyeah pada 5 April 2014 dan mereka turut dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nuur Jannah, 7, dan Nuur Nusaybah, 5.
Zaki Azeman
Pelakon Zaki Azeman kini sudah bergelar seorang bapa selepas isterinya iaitu Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali Raa Suzuran selamat melahirkan anak sulung mereka pada 13 Mei 2023.
Isterinya selamat melahirkan bayi lelaki itu di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Seri Kembangan, Selangor kira-kira pukul 5.06 pagi.
Perkongsian berita gembira itu mendapat perhatian para peminat dan rakan-rakan artis yang menyambut berita gembira tersebut dengan ucapan tahniah dan doa buat Zaki dan isteri.
Zaki mengahwini Nur Shahira yang juga merupakan adik kepada pelakon dan bekas penyampai radio Era, Jaa Suzuran pada 29 Mei tahun lalu.
Jamal Abdillah
Isteri kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.94 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sekitar pukul 2 petang pada 14 April 2023.
Bayi perempuan yang merupakan anak keempat pasangan ini dilahirkan secara pembedahan dan lebih awal berbanding tarikh jangkaan bersalin.
Tambah Jamal, 63, anak keenamnya itu diberi nama Rahil Laura Salsabila dimana Salsabila membawa maksud air mata syurga.
Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka sudah memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://b.cari.com.my/
Leave a Reply