Tular baru-baru ini seorang wanita mendedahkan bahawa dia telah berkahwin dengan abang kandungnya sendiri kerana kesilapan masa lalu bapa mereka.
Kisah terbongkar
Gambar sekadar hiasan
Menerusi sebuah perkongsian daripada seorang peguam syarie, Fahmi Ramli di Facebook (FB) beliau menceritakan tentang seorang wanita yang berkenalan dengan seorang lelaki di universiti dan telah mengambil keputusan untuk berkahwin.
Difahamkan kedua-dua bapa mereka telah meninggal dunia dan tiada sebarang perkara yang mencurigakan terjadi ketika itu.
Pasangan itu kemudian dinikahkan dan abang sulung wanita tersebut menjadi wali. Setelah dua tahun mereka dikurniakan seorang anak.
Bagaimanapun, kisah silam akhirnya terbongkar ketika wanita itu berbual dengan ibu mentuanya tentang bapa mentuanya yang tidak pernah ambil peduli setelah bercerai.
Selepas dua tahun pernikahan itu, sewaktu wanita ini bersembang kosong dengan ibu mentuanya, terungkitlah kisah yang dia dulu ada berkahwin dengan ayah kepada suaminya tersebut di sempadan Thailand tanpa pengetahuan sesiapa.
Hinggalah selepas anak mereka dilahirkan iaitu suami wanita ini sekarang, suaminya menceraikannya. Dan kemudian, tidak pernah ambil peduli tentang mereka berdua, dan ibu mertuanya ini pun tak pernah terfikir untuk membuat pengesahan nikah.
Terkedu lidah
Gambar sekadar hiasan
Perkara yang tidak diduga berlaku apabila wanita itu melihat sijil peernikahan ibu mentuanya yang tertera nama yang sama seperti bapa kandungnya. Dia makin gelisah setelah mengetahui ciri-ciri fizikal dan mendapati nombor kad pengenalan juga sama.
Keinginan wanita ini untuk melihat sijil pernikahan ibu mentuanya tersebut menjadi terbuak-buak sebab baru tahu tentang ibu mertuanya bernikah di sana.
Alangkah terkejutnya, bila ibu mentua itu menunjukkan nama ayah mentua yang telah meninggal itu adalah sama seperti nama ayah wanita tersebut.
Terkedu lidah. Bahkan nombor kad pengenalan juga passport sama. Dia tekad untuk soal, bagaimana ciri-ciri ayah mertuanya itu? Orangnya tinggi, kulit hitam manis, rambutnya lurus.
Ibu mentuanya memberitahu bahawa perkahwinannya dahulu tidak mendapat restu, oleh sebab itu mereka mengambil keputusan untuk bernikah di Thailand.
Dulu, dia ajak ibu mertuanya nikah di Siam kerana tidak dapat restu. Bahkan, katanya dia tidak ada sesiapa, duda katanya.
Apabila ditunjukkan gambar almarhum ayah mentua yang terselit dicelah fail sijil nikah tersebut, terkejut wanita itu.
Peguam tersebut menjelaskan bahawa jika pernikahan ibu mentua wanita itu sah maka pernikahan dia dan suami adalah tidak sah kerana dianggap sebagai saudara sebapa dan perlu difailkan segera melalui permohonan faraq nikah di Mahkamah Rendah Syariah.
Manakala anak mereka boleh dianggap sebagai anak persetubuhan syubhah dan perlu membuat permohonan pengesahan nasab.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: Facebook
Leave a Reply