“Jangan cakap macam tu” – Ibu Syamsul Yusof sedih baca mesej Puteri Sarah

 

Pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah akhirnya sah bercerai talak satu selepas enam bulan prosiding penceraian berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Tiada apa berubah

Semestinya berita perpisahan ini menyebabkan ada pihak yang bersedih terutama ibu bapa kepada Syamsul dan Puteri Sarah.

Terbaru, di Instagram Story, Puteri Sarah berkongsi tangkapan skrin (screenshot) yang memaparkan perbualan dengan ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail.

Meskipun ada beberapa mesej tidak didedahkan tetapi kelihatan Datin Patimah menekankan hubungan mereka sekeluarga tidak akan berubah walaupun Puteri Sarah sudah berubah status menjadi bekas menantu.

Jangan cakap macam tu. Papa kata tak ada apa yang berubah antara Sarah dengan keluarga mama. Kami tetap sama seperti dulu.

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah tetap kekal menjadi kedua orang tuanya.

Katanya, kasih sayang terhadap mereka tidak akan pudar hingga akhir hayat.

Sarah tau mama dan papa sedih. Apa sahaja yang berlaku, mama dan papa tetap mama dan papa buat Sarah. Tak akan berubah. Saya sayang keduanya hingga akhir hayat.

Pada 14 Jun, Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah sah bercerai talak satu pada jam 12.25 tengah hari di Mahkamah Rendah Syariah.

Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*