[VIDEO] Tampil Dengan Imej Lebih Sopan, Netizen Seronok Tengok Cara Watie Layan Anak Bongsu Shuib

 

Sedar tak sedar, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu bakal melangsungkan perkahwinan Watie Hanafiah selepas mereka mengikat tali pertunangan pada Aidilfitri yang lalu.

Namun begitu, pilihan Shuib ini seakan tidak dipersetujui segelintir netizen yang kurang senang melihat penampilan Watie yang dikatakan sering mengenakan pakaian ketat dan menjolok mata.

Tampil dengan imej lebih sopan

Terbaharu, Watie memuat naik satu video memaparkan dirinya yang meluangkan masa bersama anak bongsu kepada Shuib, Ayash Affan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat penampilan terbaru Watie yang lebih sopan dengan mengenakan tudung yang menutup bahagian dadanya.

Bukan itu sahaja, anak bongsu kepada Shuib itu juga kelihatan begitu mesra dan manja ketika meluangkan masa bersama-sama bakal ibu tirinya itu.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan terbaharu ditunjukkan Watie itu serta ada yang memuji melihat cara layanan yang diberikan Watie kepada Ayash.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*