Wanita mohon maaf tuduh Fasha Sandha buat bariatrik

SEORANG wanita tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Fasha Sandha selepas mendakwa aktres itu melakukan pembedahan bariatrik untuk mengurangkan berat badan.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, menerima permohonan maaf daripada wanita berkenaan dan berharap ia menjadi pengajaran buat pengguna media sosial lain sebelum membuat sebarang tuduhan di media sosial.

“Selepas tiga jam, permohonan maaf terbuka. Saya maafkan hanya untuk kali ini dan semoga dapat dijadikan iktibar.

“Agak tidak berlaku pada orang lain, terhadap artis lain juga. Dapatkan fakta sahih sebelum komen,” katanya.

Permohonan maaf yang dibuat wanita berkenaan kepada Fasha.

Fasha berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang turut memaparkan permohonan maaf daripada wanita berkenaan.

Dalam permohonan maaf yang dibuat, wanita berkenaan mengakui kesalahannya sekali gus berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Gosip dari kawan2 nurse ke tu?

“Saya ingin memohon maaf kerana telah menyebarkan komen yang tidak pasti benar dan sahih tanpa usul periksa.

“Saya tidak selidik perkara sebenar sebelum menyebarkan komen ini. Saya mohon maaf dan tidak akan mengulanginya,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata, dia berharap orang lain tidak akan menyalahgunakan media sosial kerana negara mempunyai undang-undang.

“Jangan sesekali menyalahgunakan media sosial. Negara ada undang-undang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*