Ini Rupanya Pesanan ND Lala Kepada Ubai Ketika Majlis Pertunangan – “Ayah Sha Pesan…”

Personaliti media sosial, Ubai mendedahkan yang ramai bertanya kepadanya mengenai kehadiran Datuk ND Lala sewaktu majlis pertunangan dia dan Shila Amzah pada Sabtu lalu.

Menurut Ubai, itu bukanlah kali pertama bertemu dengan ayah kepada tunangnya, Shila. Malah, dia pernah berjumpa dengan ND Lala beberapa kali sebelum ini.

“Ketika majlis itu, parents Sya (panggilan Shila) semua ada. Dan ramai juga tanya tentang ayah Sya kepada saya. Sebenarnya saya dah jumpa Datuk ND dah lama, sejak sebelum bertunang lagi… masa tu ketika arwah nenek Sya meninggal.

“Masa tu saya dah borak dengan ayah Sya. Jadi, takda apa pun, normal sahaja seorang ayah datang ke majlis anaknya. Mereka anak-beranak ok. Andai kata tak ke, kita doakan baik-baik,” katanya kepada Gempak.

Ditanya apakah pesanan yang dititipkan buat dirinya, Ubai berkata, selain ucapan tahniah, ND Lala meminta agar Shila dijaga sebaik-baiknya.

“Dia ucapkan tahniah kepada saya. Dia juga pesan supaya jaga Sya dan mendoakan apa yang kami rancang berjalan dengan lancar,” katanya lagi.

Ubai turut memberitahu yang dia dan Shila merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini, tetapi masih belum menentukan tarikh bagi majlis berkenaan.

“Kami merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Tetapi bergantung juga dengan kesihatan ibu saya yang sedang menjalani kemoterapi bagi penyakit kansernya.

“Sebelum tunang haritu pun banyak dugaan… Adik meninggal, saya jalani pembedahan. Jadi, tarikh nikah tu belum confirm lagi. Kalau ada, saya akan umumkan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber; Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*