Adakah Neelofa Tetap Akan Sorok Wajah Anak Keduanya Kelak? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan: “Bukan Nak Buat Content…”

Usahawan selebriti, Neelofa mengakui tidak berniat untuk menyorok wajah anak keduanya kelak, seperti apa yang berlaku terhadap zuriat sulungnya, Muhammad Bilal tahun lalu.

Wanita berusia 34 tahun itu berkata, dia ingin perkara tersebut berlaku mengikut masa dan keadaan yang sesuai.

“Sebolehnya, kita sebagai parents, mahu perkara tersebut (perkongsian wajah anak) terjadi pada waktu yang kita sendiri approve.

Bukan kita nak sorok atau buat content, bukan. Ada benda-benda yang kita rasa dan percaya… of course secara realitinya kita hanya mahu elakkan beberapa perkata.

“Kalau parents yang baca kenyataan saya ini pun rasa itu hak parents kan. Cuma, dalam kes saya, sebab banyak mata memandang, perhatian yang saya dapat… sebab itu,” katanya kepada Gempak.

Neelofa berkata demikian pada majlis pelancaran Naelofar x Disney Aladdin di ibu kota baru-baru ini.

Dalam pada itu, Neelofa yang masih belum berkongsi tarikh kelahiran anak keduanya berkata, sebelum wajah Bilal dirakam dan dibocorkan oleh netizen, dia tidak pernah sorok anak lelakinya itu ketika keluar dari rumah.

“Sebelum insiden tu berlaku, saya tidaklah tutup dia dengan guni. Saya bawa sahaja dia keluar. Sesiapa yang nampak, akan nampak. Cuma mereka tidak ambil gambar.

“Sebagai seorang ibu, saya berharap orang boleh faham dan hormati keputusan kita. Simple je benda ni. Ada sesetengah artis pun, mereka tak pernah tunjuk anak sehingga sampai pada waktu yang bersesuaian,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber; Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*