Pada Sabtu lalu, anak lelaki kepada pelakon terkenal, Didie Alias dan Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Muhammad Dhanial, 29, selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nur Khairunnisa Zulkifli.
Majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Tawau, Sabah itu diraikan dengan penuh meriah dengan kehadiran keluarga dan sanak saudara.
Sementara itu, menerusi beberapa perkongsian foto yang dimuat naik di laman sosial Instagram, pihak pengantin lelaki dilihat manis mengenakan busana sedondon berwarna burgundy (maroon).
Warna pilihan arwah
Bagaimanapun, difahamkan warna berkenaan dipilih kerana mempunyai kaitan dengan arwah.
Menerusi hantaran di Instagram, anak kepada Didie , Dhaniyah memaklumkan keluarganya sepakat untuk memilih warna burgundy disebabkan arwah sudah pun memiliki busana warna tersebut.
Sangat bersyukur pilih warna ini (burgundy) untuk wedding Dhanica (panggilan Dhanial).
Cerita sebenarnya, pilih warna ini sebab ayah dah ada baju melayu warna ini, jadi tak payah beli atau tempah baru sebab saiz dia memang susah nak dapat jika ready made, dia tinggi sangat.
Menerusi perkongsian sama, Dhaniyah turut memuat naik rakaman suara (voice note) arwah yang menyatakan dirinya akan mengenakan busana berwarna burgundy.
Terdahulu, arwah Ridzuan Hashim dilaporkan meninggalkan dunia ketika sedang bersarapan bersama anaknya di kediaman miliknya, pada 4 Mei lalu.
Untuk rekod, Ridzuan dan Didie telah menidirkan rumah tangga pada 1992, namun disahkan bercerai pada 2002.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.
VIDEO;
View this post on Instagram
Sumber: Instagram / Ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply